Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/30099-niat-puasa-enam-dan-puasa-qada-sekaligus

Soalan;

Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, qda Ramadan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya “Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadan and puasa sunat enam kerana Allah Taala”?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya – yakni melakukan puasa secara berasingan – itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qada dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qada, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qada kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulama berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qada dalam bulan Syawal, automatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

http://ilmudanulamak.blogspot.com