Archive for 4 Ogos 2014


Tarikh : 1 Ogos 2014

Kehadiran yang ramai dan meriah apabila keluarga besar kami dari Johor datang berhari raya ke rumah di Kg Lubok Temiang. Mereka ialah adik bapa kami yang sudah berhijrah dan bekerja di Pasir Gudang lebih 20 tahun lalu. Kami ada bertemu di Pekan Pahang 2 tahun lalu dalam majlis perkahwinan adik saya ketika itu.

Kali ini ziarah mereka lebih merata, bukan setakat Labuan tapi juga ke tanah besar Sabah. Mereka ada berhari raya ke Sipitang, Menumbok dan Kota Kinabalu. Semoga ziarah Pakcik Hadidon sekeluarga kali ini mengeratkan hubungan silaturrahim.

Lidon (1) Lidon (2) Lidon (3) Lidon (4) Lidon (5)

Tarikh : 31 Julai 2014

Lokasi : Kg Rancha-Rancha WP Labuan

Ini ziarah paling bermakna kami sekeluarga dalam raya kali ini. Asalnya hendak ke rumah A, tapi rumah tersebut kosong lalu jirannya di rumah B mengajak masuk. Bersembang di rumah B, penghuni rumah C – yang menjadi topik ini – masuk dan turut beraya sama di rumah jirannya ini. Dari situ, terbongkarlah segala-galanya tentang rumah tersebut.

Sebenarnya, sebelum masuk ke rumah B, saya melihat sesuatu yang pelik di atap rumah C. Atap zink rumah C yang kelihatan agak usang, terbuka dan dihimpit dengan batu bata, bukan dipaku. Dari situ saya mengagak sesuatu.

Selebihnya, saya pulangkan kepada para pembaca untuk melihat foto-foto di bawah. Harapnya, seperti yang saya dedahkan dalam facebook peribadi, tindakan dapat diambil segera agar kesusahan mereka dapat dibela. Saya dapat maklum, kesusahan mereka sudah dapat perhatian sebelum ini hanya lambat bertindak.

KgRR (1) KgRR (2) KgRR (3) KgRR (4) KgRR (5) KgRR (6) KgRR (7) KgRR (8) KgRR (9) KgRR (10) KgRR (11) KgRR (12) KgRR (13)

%d bloggers like this: