Tarikh : 12 Julai 2014
Lokasi : Kg Baru Kuala Lumpur
Selesai solat isyak dan tarawih, seorang sahabat di sini bermurah rezeki untuk membelanja kami makan-makan durian. Memang ketika ini Kuala Lumpur dibanjiri dengan buah durian yang datang dari pelusuk negeri di semenanjung bahkan dari luar Malaysia juga khabarnya.
Semoga sahabat kami ini – Wan Asrul – dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.