Archive for Jun, 2014


Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Masjid at-Taqwa Daerah Keningau

Sejujurnya menjadi panel forum adalah tugasan yang tidak saya gemari. Ada beberapa sebab yang menyebabkan saya sudah terkena beberapa kali dan juga kerana kelemahan sendiri. Saya pernah digandingkan dengan panel yang sangat saya hormati dan kagumi. Akhirnya saya ‘jatuh’ dalam forum berkenaan kerana perasaan gemuruh.

Saya berhadapan dengan forum kali dengan perasaan bimbang kerana seorang panel lagi Ustaz Arbaen adalah sahabat yang saya hormati dengan ilmu dan rekod kepimpinan yang hebat semasa di universiti di Jordan. Begitu juga pengerusi forum – Ustaz Haziq – yang mengaji di negara yang sama dengan Ustaz Arbaen, pendakwah yang aktif di Keningau ketika ini.

Ada soalan yang jujurnya saya tidak mampu jawab dengan baik kerana keterbatasan ilmu dan perasaan hormat kepada dua sahabat saya ini. Namun forum di sini adalah satu pengalaman yang baik dan menarik.

MasjidTaqwa (1) MasjidTaqwa (2)

Tarikh : 19-21 Jun 2014

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, MTQQNS

Ihtifal Ilmi anjuran maahad saban tahun akan memperlihatkan bakat dan kebolehan warga siswa siswi dalam bidang acara yang dipertandingkan. Acara menghafaz al-Quran, tilawah al-Quran, azan, khutbah, debat, ceramah, khat, nasyid, syarahan bahasa arab dan pidato bahasa inggeris sangat penting khususnya sebagai wadah dakwah billisan pada masa hadapan.

Saya sendiri melihat kebolehan peserta yang tidak diduga contohnya yang dalam bidang ceramah dan khutbah, kerana saya berada di hadapan sebagai juri selain bidang tarannum dan hafazan yang boleh dijangka peserta yang berkemahiran. Di sisi para pensyarah, kami dapat melihat ruang-ruang yang boleh diperbaiki daripada masa ke masa.

 IhtifalIlmi2014 (0) IhtifalIlmi2014 (1) IhtifalIlmi2014 (2) IhtifalIlmi2014 (3)
IhtifalIlmi2014 (4) IhtifalIlmi2014 (5) IhtifalIlmi2014 (6) IhtifalIlmi2014 (7) IhtifalIlmi2014 (8) IhtifalIlmi2014 (9)
IhtifalIlmi2014 (10) IhtifalIlmi2014 (11) IhtifalIlmi2014 (12)

 

jkns

Saya tidak menduga akan diundang mewakili JHEAINS mengisi salah satu slot dalam program yang sebegini baik anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan PERKIPS  digandingkan dengan tokoh-tokoh hebat dan bersepadanan dengan kepakaran masing-masing.

Tajuk-tajuk yang dipilih dalam seminar ini sangat sesuai dan relevan dengan suasana semasa. Contohnya topik makanan halal, isu-isu fekah dalam perubatan, isu-isu sihir dan sebagainya. Begitu juga topik yang sangat baik diberikan kepada saya berkaitan dengan isu-isu aqidah dalam perubatan yang menjadi teras dalam kehidupan seorang Islam.

Apa saja kerjabuat dan bidang tugas kita dalam hidup ini tidak akan lari daripada aqidah Islamiah, termasuklah dalam hal perubatan. Keyakinan kepada Allah SWT yang menjadikan penyakit dan penawarnya bahkan Allah SWT yang menjadikan kehidupan dan kematian itu sebagai suatu ujian kepada manusia, siapakah yang terlebih baik amalannya.

Tahniah kepada penganjur, peserta dan semua yang terlibat.

Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Masjid UMS

Memenuhi undangan anak-anak muda seperti kumpulan rakan Masjid UMS adalah antara pertemuan yang saya suka. Saya kira mereka – mudah-mudahan – termasuk kalangan yang disebut oleh Nabi SAW, orang muda yang suka beribadah dan hati yang sentiasa terpaut dengan masjid.

Pertemuan singkat, saya penuhi dengan tazkirah aqidah yang menjadi asas kepada setiap hamba Allah SWT. Saya suka bersama mereka, semoga ada kesempatan lain bersama mereka.

Masjid UMS (1) Masjid UMS (2) Masjid UMS (3) Masjid UMS (4)

Hospital Islam Kg Baru

Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Surau Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu

Alhamdulillah, dapat bertemu dan beramah mesra bersama  rombongan dari Hospital Islam Kg Baru Kuala Lumpur yang sedang mengadakan retreat dan bercuti di Sabah beberapa hari lepas. Selain waktu mereka mengadakan retreat tersebut, ada juga sesi-sesi kuliah maghrib dan subuh antaranya menyentuh isu-isu dakwah di Sabah dan seumpamanya.

Kewujudan hospital patuh syariah sebenarnya adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam, yang memerintahkan umat Islam mengikut Islam secara keseluruhan termasuk dalam hal penjagaan kesihatan dan kaedah mendapat dan memberikan rawatan. Saya kira, Hospital Islam Kg Baru ini dapat memikirkan untuk membuka stesen mereka di Kota Kinabalu pula.

Syukur saya dapat berkenalan dengan rombongan ini.

Tarikh : 20 Jun 2014

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Penceramah :

1) YB Ustaz Dr Johari Mat

2) YB Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah

Tarikh : 20 Jun 2014

Lokasi : Medan Selera Tanjung Aru

Entah bila lagi kami akan dapat duduk bersama begini selepas daripada ini. Dahulu, tidak selalu begini tetapi sekali sekala kami melepak bersama, begini saya melayan pelajar-pelajar saya yang saya anggap seperti kawan-kawan dan keluarga sendiri. Sesekali bercerita tentang masa depan, di luar daripada tajuk kuliah yang puas mereka dengar.

Sebahagian mereka merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya ke Mesir, manakala sebahagiannya di dalam negara, dan sebahagian lagi bekerja terlebih dahulu. Saya kira selepas daripada ini, masing-masing akan hidup dengan suasana sendiri. Cuma saya berharap satu hari nanti, kami akan bertemu dan bersembang seperti ini.

Saya kasihi mereka kerana Allah SWT.

Tg Aru (1) Tg Aru (2)

trafik

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/29071-ops-warta-adilkah-diburu-macam-penjenayah

Ops Warta, rakyat diburu habis-habisan kerana kesalahan lalu lintas. Sekatan demi sekatan jalan raya, pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kesian kepada rakyat bawahan di saat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup dari segenap penjuru yang menekan. Pelaku perasuah, penyeleweng, pemakan harta rakyat apakah juga diburu sehingga ke lubang cacing seperti ini?

Saya memahami bahawa tak semua kesalahan lalu lintas bermakna kita berdosa dengan Allah. Ada banyak peraturan lalu lintas adalah persoalan teknikal. Kadang-kadang mereka melanggarnya secara tak sengaja dan tak membahayakan nyawa sesiapa pun.

Contohnya, seorang pesalah trafik berkata…

Saya langgar lampu isyarat merah pada jam 3 pagi ketika jalan sunyi sepi. Tak kan saya nak berhenti tunggu lampu hijau sedangkan laluan adalah selamat. Hantu pun tengah tidur ketika itu. Selepas langgar lampu merah, tengok-tengok di hadapan ada kereta peronda polis. Polis tu pula kononnya nak bagi syarahan agama. Katanya, “mencuri kita tak boleh buat sama ada ketika ada orang atau pun orang tak nampak.”

Ada pulak langgar lampu merah nak dikiaskan dengan mencuri. Kesudahannya kena saman. Adilkah?

Memandu lebih sikit dari had laju di kawasan sekolah ketika hari cuti sekolah. Jalan hadapan sekolah tersebut lebar dan lurus. Memang had lajunya cuma 30 km/jam dan had laju ini sangat penting untuk keselamatan anak-anak sekolah. Tapi saya melalui jalan tersebut ketika hari Jumaat, sekolah cuti dan sunyi sepi. Tak ada seorang pun pelajar sekolah yang kelihatan. Tak kan nak bawak 30 km/jam juga. Mungkin saya bawa kereta 70 atau 80 km/jam. Tidak terlalu laju sebenarnya tetapi hakikatnya saya telah melanggar had laju dan kena saman. Adilkah?

Memotong sebuah kereta yang dipandu 30 km/jam di garisan berkembar. Biasa kita berjumpa dengan kereta yang dipandu dengan sangat perlahan. Apakah memang perangkap atau bagaimana? Tempat tersebut pula garisan berkembar. Dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu cepat. Lantas kereta kura-kura tersebut dipotong. Tiba-tiba muncul anggota polis dari dalam semak dengan bendera merah mengarahkan saya ke tepi dan kena saman lagi! Adilkah?

Terlupa pakai tali pinggan keledar. Saya tak mengancam nyawa sesiapa sekadar tak pakai tali pinggang keledar. Memang ianya salah dari segi peraturan. Tapi adilkah saya diburu macam penjenayah?

Pagi ini saya terima maklumat seorang rakan dari Pasir Puteh. Polis tahan kenderaan secara rambang di jalan sehala. Pemandunya dibawa masuk ke balai untuk pemeriksaan. Mana-mana yang ada saman akan ke lokap! Kerja apa ini?

Apa sebenarnya matlamat dari Ops Warta ini? Nak didik rakyat atau nak ‘kekoh pitih’ rakyat?

Masjid Azizurrahman

Tarikh : 20 Jun 2014

Lokasi : Masjid Azizurrahman Kimanis Papar

Alhamdulillah, akhirnya buat julung kali dapat berkuliah di sini. Selalu juga singgah di sini dalam permusafiran antara Kota Kinabalu – Labuan. Kesempatan dengan tibanya giliran berkuliah kali ini dapat membina hubungan ukhuwah bersama jamaah masjid. Saya terkenang pada tahun 2007, ketika masjid ini masih dalam pembinaan kami singgah bersama TYT ketika itu Tun Ahmadshah Abdullah di sini.

Tun Ahmadshah ada mencadangkan agar mana-mana masjid baru seperti ini tidak mengabaikan ruang atau bilik perpustakaan walaupun kecil. Masjid katanya, yang menjadi pusat pertemuan umat Islam sepatutnya menjadi contoh dengan mengadakan perpustakaan yang memuatkan buku-buku bersesuaian. Kisah persinggahan itu saya turut ceritakan kepada para jamaah malam tadi.

Maghrib

Sumber : Web JHEAINS

Tuntutan ikhlas dalam melakukan amal ibadat, amal soleh atau apa jua pekerjaan dan sebagainya itu, kerana ia menjadi pelengkap kesempurnaan amal berkenaan di sisi Allah SWT, ini sebagaimana pesanan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud :

“Ikhlaskanlah amalmu dan sudah mencukupi untuk mu amalan yang sedikit (asalkan dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah)”. (HR Ad-Dailami)

Apa dan bagaimana sifat ikhlas itu boleh dilihat atau diaplikasi dalam niat, perkataan dan amalan seharian kita. Ibrahim bin Adham rahimahullahu Ta’ala alaihi seorang tokoh sufi tersohor pernah berkata: Ikhlas itu ialah benar niat berserta Allah Azza wa Jalla.

Ini bermakna ikhlas itu mesti nampak benar-benar bersih daripada segala percampuran dengan sifat-sifat lain seperti percampuran antara sifat ikhlas dengan sifat ria’, sum’ah dan ‘ujub sama ada dalam niat, perkataan atau perbuatan.

Sebagai contoh dan penjelasan, sekiranya dalam melaksanakan amal ibadah dan amal-amal soleh yang lain seperti sedekah, zikir, membaca Al Quran, iktikaf dan sebagainya masih terdapat percampuran antara niat ikhlas dengan sifat ria’ atau menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan amal soleh yang dilakukan, maka bermakna ikhlas itu belum bersih dan belum tercapai.

Atau percampuran antara ikhlas dengan sifat sum’ah supaya dilihat kitalah yang rajin dan terkenal kuat ibadat, banyak sedekah, menderma atau sifat ‘ujub sebab merasa kagum serta bangga diri bahawa kitalah yang paling banyak beribadat, banyak bersedekah, banyak membantu orang susah, anak yatim atau paling banyak berzikir dan sebagainya.

Dengan itu, perbetulkanlah kesilapan dalam amal ibadat, amal-amal soleh atau apa jua pekerjaan kita, iaitu dahulukanlah ikhlas dan keikhlasan, insya Allah barulah ibadat, amal-amal soleh atau kerja yang dilakukan akan lebih sempurna, bertambah baik dan benar-benar diterima serta mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

%d bloggers like this: