Archive for 27 Jun 2014


Sumber : Web JAKIM

Rasulullah SAW pernah berpidato di tengah-tengah para sahabat di akhir bulan Sya’ban, di antara isi pidatonya :

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan di datangi dengan satu bulan yang agung dan penuh berkat. Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di bulan itu juga Allah menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam sebagai bentuk ibadah. Sesiapa berusaha mendekat diri kepada-Nya dengan satu bentuk ibadah sunat, maka pahalanya seperti melakukan ibadat fardu di luar bulan ini dan sesiapa melakukan ibadat fardu dalam bulan ini, maka pahalanya digandakan 70 kali. Ia adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga, Ia adalah bulan kebersamaan, bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan diampuni dan dibebaskan dari api neraka.

Dan hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku .Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian kasturi. ” (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimanakah caranya untuk kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini dan melakukan ibadah puasa?

Pertama: Memantapkan ilmu agama. Oleh itu, sebaiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang ibadah puasa berdasarkan sumber-sumber yang benar dan sahih yang merangkumi rukun-rukun, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkan puasa,perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa.

Kedua: Berjihad melawan nafsu, iaitu dengan membina keazaman yang tinggi untuk melaksanakan segala amalan di bulan Ramadhan ini dan mengejar segala kebaikan dan kelebihannya. Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa nafsu tidak dapat dikalahkan melainkan ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Ketiga: Menjaga dan memelihara kesihatan antaranya dengan mengambil makanan yang berkualiti dan selamat.

Keempat: Senantiasa berdoa. Para Salafus Soleh berdoa selama enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan, mereka berdoa untuk menyatakan kerinduan mereka terhadap Ramadhan. Antara doa mereka adalah: Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.

Kelima: Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan.

Tarikh : 25 Jun 2014

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

Pengisian : Mengaji iqra’, al-Quran & tasmik hafazan al-Quran

KTHM M67 (1) KTHM M67 (2) KTHM M67 (3)

%d bloggers like this: