Archive for 26 Jun 2014


IHB @ Masjid Kg Muhibbah

Rasanya ada 3-4 tahun kuliah kami berjalan di Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas menggunakan buku Indahnya Hidup Bersyariat hasil tulisan Ybhg Dato’ Ustaz Haji Ismail Kamus, pendakwah yang sangat saya minati. Ini buku kedua kuliah saya di masjid ini selepas buku Hadith 40 yang juga memakan masa bertahun.

Kebetulan ini minggu terakhir kuliah sebelum masuk bulan Ramadhan, kami mengambil masa sehingga jam 8.30 malam untuk baca lebih kali ini. Setinggi kesyukuran akhirnya dapat menamatkan bacaan buku ini semoga ada pahala hasil ilmu dan amal soleh sepanjang pengajian buku ini. Saya merancang untuk membaca buku lain selepas hari raya nanti.

Selain masjid ini, buku Indahnya Hidup Bersyariat juga kami baca di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan (setiap isnin malam selasa), Masjid Kg Sembulan (setiap ahad malam isnin), Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz Negeri Sabah (setiap jumaat malam sabtu) dan kuliah mingguan di Bank Rakyat Donggongon Penampang.

Masjid Kg Tudan Baru

Tarikh : 22 Jun 2014

Lokasi : Masjid Kg Tudan Baru Keningau

Berkunjung dan mengisi program ke mana-mana masjid buat pertama kalinya selalu membawa kegembiraan kepada saya. Bertemu dengan jamaah baru, imam dan jawatankuasa masjid yang baru dikenali serta suasana baru.

Masjidnya indah. Jamaah subuhnya boleh tahan. Saya mengisi slot kuliah subuh mengikut ayat yang dibacakan oleh tuan imam dalam solat berkenaan iaitu tentang solat yang khusyuk, sebagaimana dalam surah al-Baqarah. Selepas subuh, kami sama-sama sarapan di rumah seorang jamaah masjid, berkenduri arwah. Satu pengalaman menarik kepada saya, iaitu kenduri selepas solat subuh.

 

%d bloggers like this: