Archive for 25 Jun 2014


Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Masjid at-Taqwa Daerah Keningau

Sejujurnya menjadi panel forum adalah tugasan yang tidak saya gemari. Ada beberapa sebab yang menyebabkan saya sudah terkena beberapa kali dan juga kerana kelemahan sendiri. Saya pernah digandingkan dengan panel yang sangat saya hormati dan kagumi. Akhirnya saya ‘jatuh’ dalam forum berkenaan kerana perasaan gemuruh.

Saya berhadapan dengan forum kali dengan perasaan bimbang kerana seorang panel lagi Ustaz Arbaen adalah sahabat yang saya hormati dengan ilmu dan rekod kepimpinan yang hebat semasa di universiti di Jordan. Begitu juga pengerusi forum – Ustaz Haziq – yang mengaji di negara yang sama dengan Ustaz Arbaen, pendakwah yang aktif di Keningau ketika ini.

Ada soalan yang jujurnya saya tidak mampu jawab dengan baik kerana keterbatasan ilmu dan perasaan hormat kepada dua sahabat saya ini. Namun forum di sini adalah satu pengalaman yang baik dan menarik.

MasjidTaqwa (1) MasjidTaqwa (2)

Tarikh : 19-21 Jun 2014

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, MTQQNS

Ihtifal Ilmi anjuran maahad saban tahun akan memperlihatkan bakat dan kebolehan warga siswa siswi dalam bidang acara yang dipertandingkan. Acara menghafaz al-Quran, tilawah al-Quran, azan, khutbah, debat, ceramah, khat, nasyid, syarahan bahasa arab dan pidato bahasa inggeris sangat penting khususnya sebagai wadah dakwah billisan pada masa hadapan.

Saya sendiri melihat kebolehan peserta yang tidak diduga contohnya yang dalam bidang ceramah dan khutbah, kerana saya berada di hadapan sebagai juri selain bidang tarannum dan hafazan yang boleh dijangka peserta yang berkemahiran. Di sisi para pensyarah, kami dapat melihat ruang-ruang yang boleh diperbaiki daripada masa ke masa.

 IhtifalIlmi2014 (0) IhtifalIlmi2014 (1) IhtifalIlmi2014 (2) IhtifalIlmi2014 (3)
IhtifalIlmi2014 (4) IhtifalIlmi2014 (5) IhtifalIlmi2014 (6) IhtifalIlmi2014 (7) IhtifalIlmi2014 (8) IhtifalIlmi2014 (9)
IhtifalIlmi2014 (10) IhtifalIlmi2014 (11) IhtifalIlmi2014 (12)

%d bloggers like this: