jkns

Saya tidak menduga akan diundang mewakili JHEAINS mengisi salah satu slot dalam program yang sebegini baik anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan PERKIPS  digandingkan dengan tokoh-tokoh hebat dan bersepadanan dengan kepakaran masing-masing.

Tajuk-tajuk yang dipilih dalam seminar ini sangat sesuai dan relevan dengan suasana semasa. Contohnya topik makanan halal, isu-isu fekah dalam perubatan, isu-isu sihir dan sebagainya. Begitu juga topik yang sangat baik diberikan kepada saya berkaitan dengan isu-isu aqidah dalam perubatan yang menjadi teras dalam kehidupan seorang Islam.

Apa saja kerjabuat dan bidang tugas kita dalam hidup ini tidak akan lari daripada aqidah Islamiah, termasuklah dalam hal perubatan. Keyakinan kepada Allah SWT yang menjadikan penyakit dan penawarnya bahkan Allah SWT yang menjadikan kehidupan dan kematian itu sebagai suatu ujian kepada manusia, siapakah yang terlebih baik amalannya.

Tahniah kepada penganjur, peserta dan semua yang terlibat.