Archive for 24 Jun 2014


 

jkns

Saya tidak menduga akan diundang mewakili JHEAINS mengisi salah satu slot dalam program yang sebegini baik anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan PERKIPS  digandingkan dengan tokoh-tokoh hebat dan bersepadanan dengan kepakaran masing-masing.

Tajuk-tajuk yang dipilih dalam seminar ini sangat sesuai dan relevan dengan suasana semasa. Contohnya topik makanan halal, isu-isu fekah dalam perubatan, isu-isu sihir dan sebagainya. Begitu juga topik yang sangat baik diberikan kepada saya berkaitan dengan isu-isu aqidah dalam perubatan yang menjadi teras dalam kehidupan seorang Islam.

Apa saja kerjabuat dan bidang tugas kita dalam hidup ini tidak akan lari daripada aqidah Islamiah, termasuklah dalam hal perubatan. Keyakinan kepada Allah SWT yang menjadikan penyakit dan penawarnya bahkan Allah SWT yang menjadikan kehidupan dan kematian itu sebagai suatu ujian kepada manusia, siapakah yang terlebih baik amalannya.

Tahniah kepada penganjur, peserta dan semua yang terlibat.

Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Masjid UMS

Memenuhi undangan anak-anak muda seperti kumpulan rakan Masjid UMS adalah antara pertemuan yang saya suka. Saya kira mereka – mudah-mudahan – termasuk kalangan yang disebut oleh Nabi SAW, orang muda yang suka beribadah dan hati yang sentiasa terpaut dengan masjid.

Pertemuan singkat, saya penuhi dengan tazkirah aqidah yang menjadi asas kepada setiap hamba Allah SWT. Saya suka bersama mereka, semoga ada kesempatan lain bersama mereka.

Masjid UMS (1) Masjid UMS (2) Masjid UMS (3) Masjid UMS (4)

%d bloggers like this: