Archive for 20 Jun 2014


Tarikh : 19 Jun 2014

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Majlis yang sederhana tetapi penuh keberkatan. Majlis Khatam Hafaz al-Quran 30 Juzuk untuk 11 pelajar kami yang selesai menamatkan pengajian pada semester lepas. Saya akan mengingati detik indah ini kerana sebahagian mereka menghafaz al-Quran bersama saya hampir 3 tahun lamanya. Saya mengenal kelebihan dan kekurangan mereka.

Namun keseluruhannya saya berpuas hati dengan usaha gigih mereka walaupun kadang-kadang ada turun naik prestasi mereka. Saya pasti akan merindui detik-detik tasmik sehingga khatam ini kesemua mereka khususnya Subri, Sadri, Asnawi, Azizah, Afiqah dan Azleha. Begitu juga kisah dan sesi mengulang kami semua bersama-sama Hakim, Hardi, Khai, KP dan Rizu tetap menjadi kenangan indah.

Terima kasih atas kehadiran mantan-mantan pensyarah maahad seperti Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, ┬ásahabat-sahabat lama alumni maahad – Ustaz Rahim Yahya Abdul Rahman, Ustaz Zamrul Mohd Aslie, Ustaz Amir Arapa dan lain-lain yang hadir.

KhatamHafaz2014 (2) KhatamHafaz2014 (3) KhatamHafaz2014 (4) KhatamHafaz2014 (5) KhatamHafaz2014 (6) KhatamHafaz2014 (7) KhatamHafaz2014 (8) KhatamHafaz2014 (9)

Tarikh : 18 Jun 2014

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur Taman Austral Kepayan

Pengisian : Kelas Iqra’

KTHM M66 (1) KTHM M66 (2) KTHM M66 (3)

%d bloggers like this: