Archive for 17 Jun 2014


Tarikh : 14 Jun 2014

Lokasi : Hospital Daerah Kunak

Alhamdulillah, pengalaman berziarah ke Kunak buat kali kedua, sahabat-sahabat di sini memanfaatkan kehadiran kami dengan mengadakan ziarah ke Hospital Daerah Kunak seperti yang dilakukan 2-3 bulan sudah. Kali ini, dengan kesempatan yang sedikit hanya dapat berziarah ke wad kanak-kanak. Melihat mereka sakit dengan pelbagai penyakit menyebabkan hati sayu melihat dan serta merta terkenang anak-anak sendiri di rumah.

Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga mereka dan memberi kesembuhan atas penyakit yang menimpa. Allahumma amin.

Hospital Kunak (1) Hospital Kunak (2)

 

Tarikh : 14 Jun 2014

Lokasi : Kg Lormalong, Kunak

Alhamdulillah, pengalaman pertama berforum bersama Ustaz Rafihi dan Ustaz Mat Razali atas undangan penduduk kampung. Saya hanya bertindak sebagai pengerusi forum yang mengendalikan soalan-soalan sama ada daripada pengerusi atau penonton. Di sini saya melihat kelebihan kedua panel yang saya hormati ini dengan ilmu dan seni dakwah mereka sendiri.

Insya Allah saya sendiri mendapat manfaat yang baik selain perkenalan daripada jemaah masjid dan penduduk kampung yang ramah dan baik hati.

Forum @ Lormalong (1) Forum @ Lormalong (2) Forum @ Lormalong (3) Forum @ Lormalong (4) Forum @ Lormalong (5) Forum @ Lormalong (6)

%d bloggers like this: