Archive for 15 Jun 2014


MASWAN & SABRINNA

Kahwin

Tarikh : 14 Jun 2014

Lokasi : Kg Lormalong Kunak

Pengantin : Maswan Sulad & Nur Sabrinna Lamudin

Pertama kali saya berziarah ke Kampung Lormalong Kunak ini, rupanya kebanyakan mereka berasal dari Tuaran dan Kota Belud. Mereka berhijrah ke sini untuk bekerja dan akhirnya berkeluarga. Hubungan mereka dengan kampung asal mereka tetap terjalin.

Setinggi tahniah kepada pasangan pengantin, semoga diberkati sehingga ke syurga Allah SWT. Baarakallahu lakuma, wa baaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fii khair.

Masjid al-Ghaffar

Tarikh : 13 Jun 2014

Lokasi : Masjid al-Ghaffar Kinabatangan

Sebuah masjid yang penting di Kinabatangan, terletak di lokasi yang strategik – di tepi jalan para musafir khususnya menuju ke Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan sebaliknya. Saya sempat singgah di sini beberapa kali sebelum daripada ini kerana permusafiran bersama sahabat-sahabat namun ini kali pertama diberi peluang untuk mengisi kuliah.

Saya melihat papan kenyataan masjid ini, betapa program harian khususnya sarat dengan kuliah demi kuliah menunjukkan proses ilmu dan cinta masjid berjalan baik di sini. Saya hanya menambah sedikit perisa serta mengambil sedikit ruang untuk mengumpul pahala amalan. Proses memahami Islam secara menyeluruh perlu diberikan kepada umat ini menurut kemampuan masing-masing.

%d bloggers like this: