Archive for 14 Jun 2014


Masjid Daerah Kinabatangan

Tarikh : 13 Jun 2014

Lokasi : Masjid Daerah Kinabatangan

Khatib : Abu Nuha

Kurang dua minggu ramadhan yang semakin hampir tiba, eloklah sebagai orang Islam membuat persediaan rapi bagi menghadapinya. Antara perkara awal yang perlu diperingatkan terutama kepada kaum muslimat ialah agar mengqadha puasa ramadhan lepas yang belum diganti.

Puasa ramadhan yang tertinggal wajib diqadha sebelum tiba ramadhan berikutnya. Jika ditinggalkan tanpa diganti dengan sengaja sehingga tiba ramadhan berikutnya, maka hukumnya berdosa.

Selain itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah menyediakan diri dengan persiapan ilmu asas berkaitan dengan puasa serta ibadah-ibadah yang ada di dalam bulan Ramadhan. Hukum-hakam, rukun, syarat sah dan batal, sunat-sunat, adab-adab dan lain-lain.

Tarikh : 11 & 12 Jun 2014

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan Kota Kinabalu

Pengisian : Kelas iqra’, talaqqi al-Quran, dan tasmik hafazan al-Quran

KTHM M65 (1) KTHM M65 (2) KTHM M65 (3) KTHM M65 (4) KTHM M65 (5) KTHM M65 (6)

%d bloggers like this: