Archive for 10 Jun 2014


Tarikh : 10 Jun 2014

Lokasi : Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Penceramah : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

 

Imam Besar

Saya pernah menjadi makmum beliau 3 kali subuh pada akhir tahun lepas di Masjid Negeri, Shah Alam Selangor. Saya dan kami serombongan kawan-kawan dari Kota Kinabalu mengakui kemerduan suara beliau. Bahkan salah seorang sahabat kami mengalirkan air mata mendengar bacaan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas ruh Allahyarham dan memberi ganjaran atas amal soleh beliau semasa hayatnya.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa a’afihi wa’fu anhu.

***

Sumber : http://bm.selangorku.com/52217/imam-besar-masjid-negeri-shah-alam-meninggal-dunia/

SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi. Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini. Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.

Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974. Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH). Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).

Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin. Al-Fatihah.

%d bloggers like this: