Archive for 6 Jun 2014


Masjid Taman Kuala Menggatal

Tarikh : 6 Jun 2014

Lokasi : Masjid al-Ikhwan Taman Kuala Menggatal, Sepanggar

Khatib : Abu Nuha

Perkahwinan adalah satu tuntutan ibadah yang disyariatkan di dalam agama Islam. Demikianlah cara Islam membenarkan perhubungan lelaki dan perempuan yang asing yang kemudiannya disatukan sebagai suami dan isteri.

Dalam soal meraikan perkahwinan, menjadi anjuran agama kita mengadakan kenduri kendara atau walimah mengikut kemampuan masing-masing. Namun apa yang berlaku kepada masyarakat kita hari ini, berlaku percampuran antara tuntutan ibadah dengan adat yang bertentangan agama atau perkara yang bukan adat sekalipun dan berlawanan juga dengan agama.

Antaranya meninggalkan solat sepanjang majlis kenduri, membuka aurat, hiasan yang berlebihan (tabarruj), pembaziran, percampuran tanpa batas lelaki perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Akhirnya, majlis kenduri yang sepatutnya mendapat pahala, akhirnya mendapat dosa percuma daripada Allah SWT akibat perlanggaran hukum. Semoga Allah SWT memelihara kita semua dalam majlis kenduri perkahwinan dan kehidupan berkeluarga sehingga ke syurga Allah SWT.

Tarikh : 5 Jun 2014

Lokasi : Rumah Ustaz Abd Razak Hamdin, Kg Pasir Putih Putatan

Alhamdulillah, pertemuan kedua usrah kami berjalan lancar, masih lagi di rumah Ustaz Abd Razak Hamdin, pegawai bahagian dakwah JHEAINS. Oleh kerana barangkali baru kali kedua, pasukan ini masih membincangkan pengisian yang wajar dibuat di dalam usrah ini. Beberapa cadangan dikemukakan dan sudah tentu semuanya baik serta mengambil kira kepentingan dakwah semasa.

Sahabat-sahabat alumni yang lain juga dipelawa hadir dalam pertemuan-pertemuan akan datang, walaupun semuanya memahami kedudukan semua yang berselerakan di seluruh negeri yang jauh antara satu sama lain. Antara perkara yang disepakati ialah meraikan sahabat-sahabat yang terlibat di dalam gerakan siasah serta memberi pendapat di dalam mana-mana isu di dalam negara dan negeri kita khususnya.

Usrah Azhari siri 2 (1) Usrah Azhari siri 2 (2) Usrah Azhari siri 2 (3) Usrah Azhari siri 2 (4)

%d bloggers like this: