Archive for 24 Mei 2014


MENGULANG

Antara azam saya untuk 14 orang anak didik yang saya baru pegang dalam semester 1 kali ini, ialah sesi mengulang @ i’adah hifz al-Quran yang lebih tersusun termasuk secara berkumpulan. Apa yang banyak berlaku dalam semester-semester lepas khususnya dalam kelas saya sendiri ialah ulangkaji hafazan yang agak terbiar dan kurang diberi tumpuan melainkan atas inisiatif mereka sendiri.

Selain itu sesi-sesi latih tubi soal jawab juga akan diberi tumpuan agar mereka dibiasakan sehingga musim peperiksaan tiba. Untuk sesi tasmik, setelah rancangan menghafaz dibuat serta melihat kebolehan 14 pelajar saya kali ini, saya menjangkakan sebahagian besar mereka boleh menghabiskan sukatan juzuk 1 hingga 5 sebelum tiba bulan Ramadhan.

Sem 1 (1) Sem 1 (2)

Tarikh : 22 Mei 2014

Tempat : Surau KSKB

Alhamdulillah, di hadapan bakal-bakal jururawat kesihatan, dapat berkongsi bersama para muslimat di sini dengan tuntutan solat yang menjadi tiang agama, mudah-mudahan perkongsian tersebut dapat memberi kebaikan kepada semua yang hadir.

KSKB (1) KSKB (2) KSKB (3) KSKB (4) KSKB (5) KSKB (6) KSKB (7) KSKB (8) KSKB (9)

%d bloggers like this: