Archive for 20 Mei 2014


Alhamdulillah, setelah bercuti kuliah maghrib sejak musim peperiksaan semester pada februari hingga cuti semester berakhir awal mei lepas, maka tibalah masanya kuliah maghrib di Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah bersambung kembali.

Lebih menggembirakan, seperti yang saya siarkan dalam artikel sebelum ni, seorang hamba Allah yang budiman telah sudi menyumbang sejumlah wang bagi membeli buku Indahnya Hidup Bersyariat yang menjadi buku rujukan kami.

Perasaan saya bertambah seronok kerana jumlah warga maahad yang semakin ramai, maka bertambah jugalah mad’u saya. Mudah-mudahan saya dan kami istiqomah di dalam mengatur kuliah maghrib ini. Kuliah bermula pada jumaat malam sabtu, 16 Mei 2014.

Kuliah Maghrib MTQQNS (1) Kuliah Maghrib MTQQNS (2) Kuliah Maghrib MTQQNS (3) Kuliah Maghrib MTQQNS (4)

Penyampai : YB Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah