Archive for 19 Mei 2014


Tarikh : 17 Mei 2014

Lokasi : Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu

Perasmi : Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Program pada hari ini terbahagi kepada dua slot, pertamanya sesi perasmian KPID2 yang dilancarkan oleh tuan guru sendiri, yang didahului dengan ucapan aluan Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim selaku pengerusi Darussyifa’ Sabah. Selain itu, sesi baiah diketuai oleh Ustaz Mohd Jumat Abd Razak diikuti oleh semua peserta kali ini.

Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din selepas ucapan perasmian yang sangat ringkas, kemudiannya meneruskan slot kedua dengan menyampaikan kuliah pengubatan Islam dan membimbing bacaan ayat-ayat ruqyah asas pertama dan kedua. Terlalu banyak nasihat dan bimbingan yang beliau sampaikan, semoga menjadi panduan bakal-bakal perawat dan perawat sedia ada.

Perasmian KPID2. (1) Perasmian KPID2. (2) Perasmian KPID2. (3) Perasmian KPID2. (4) Perasmian KPID2. (5) Perasmian KPID2. (6) Perasmian KPID2. (7) Perasmian KPID2. (8) Perasmian KPID2. (9)

Tarikh : 17 Mei 2014

Lokasi : Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Lok Kawi, Kinarut Papar

Perasmi : Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia

Alhamdulillah, sebagai salah seorang aktivis dan AJK Darussyifa’ Sabah khususnya Darussyifa’ Lok Kawi, saya bersama sahabat-sahabat yang lain tumpang gembira dan bersyukur kerana kami dikunjungi oleh Tuan Guru Dr Haron Din bersama rombongan pada pagi sabtu lepas.

Tuan Guru memberikan butiran nasihat berharga kepada ahli Darussyifa’ yang hadir, keperluan menyertai dakwah yang luas dan panjang melalui pengubatan Islam. Dalam masa yang sama sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu dan akhlak Islam khususnya apabila berhadapan dengan pesakit dan keluarganya.

Perasmian DSLok Kawi (1) Perasmian DSLok Kawi (2) Perasmian DSLok Kawi (3) Perasmian DSLok Kawi (4) Perasmian DSLok Kawi (5) Perasmian DSLok Kawi (6) Perasmian DSLok Kawi (7) Perasmian DSLok Kawi (8) Perasmian DSLok Kawi (9) Perasmian DSLok Kawi (10) Perasmian DSLok Kawi (11) Perasmian DSLok Kawi (12)

Perasmian DSLok Kawi (13) Perasmian DSLok Kawi (14)

%d bloggers like this: