OLYMPUS DIGITAL CAMERAFoto Flickr

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Pekan Sipitang

Firman Allah SWT bermaksud : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah..”

Di antara kaedah Islam mengajar kesatuan umat ini ialah dengan menunaikan solat secara berjemaah. Kita mengetahui kelebihan solat berjemaah ini dengan pesanan-pesanan junjungan Nabi SAW yang banyak di dalam hadith-hadith baginda. Selain itu kita mendapat banyak hikmah daripadanya. Maka bukti kesatuan umat Islam ialah dengan solat secara berjemaah.

Agama Allah SWT yang kita pegangi ini pula dapat dikenal apabila kita mempelajari dan mendalami al-Quran al-Karim. Maka proses pertama ialah dengan belajar tilawah al-Quran, kemudian mempelajari ilmu tafsir khususnya di masjid dan surau. Maka kita buatlah muhasabah bagaimana komitmen kita sebagai hamba Allah terhadap al-Quran ini.