Tarikh : 7 April 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Saban tahun, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah menjadi lokasi temuduga kemasukan pengambilan baru siswa siswi ke Darul Quran Kuala Kubu Baru Selangor untuk calon-calon negeri Sabah selain di Sandakan.

Kami dimaklumkan oleh penemuduga tempohari, borang permohonan dari seluruh negara sekitar 4 ribu permohonan. Setelah disaring, hanya sebahagian sahaja (2000 permohonan) yang layak dipanggil.  Daripada 2000 permohonan yang ditemuduga, hanya 250 calon yang berjaya saja akan dipanggil masuk belajar di Darul Quran.

Ini menunjukkan minat yang ditunjukkan daripada anak muda untuk menyertai dunia tahfiz al-Quran semakin menggalakkan walaupun tempat adalah terhad. Walaubagaimanapun institusi tahfiz yang ada di seluruh negara tidak sedikit bilangannya dan boleh disertai oleh mereka yang tidak dapat di Darul Quran.

Temuduga DQ 2014 (1) Temuduga DQ 2014 (2) Temuduga DQ 2014 (3)