Zaman sekolah dahulu, saya pernah mendengar tentang sejarah kedatangan Islam di Sabah khususnya di Lahad Datu. Apabila ada kesempatan berziarah ke sini, barulah saya tahu rupanya saya berada di sebuah kampung yang memiliki sejarah tersebut.
Ketika minum-minum selepas kuliah subuh, jamaah masjid menceritakan berlebih kurang sejarah tersebut dan lebih menarik kami dibawa seawal jam 6.30 pagi ke rumah yang mempunyai simpanan salinan kitab agama yang berusia lebih 500 tahun. Manuskrip asal berbahasa Idahan saya difahamkan sudah diserahkan kepada pihak muzium.
Tuan rumah (maafkan saya terlupa namanya) yang kami ziarahi tersebut adalah waris yang disahkan untuk memiliki dan menyimpan tiga kitab lama termasuk naskhah al-Quran tulisan tangan yang diwarisi oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Injir bin Panjang (berdasarkan rekod dan kitab yang dilihatkan kepada kami. Katanya, menjadi kebiasaan beliau menerima tetamu seluruh pelusuk negara yang bertanya dan melihat sejarah perkembangan Islam khususnya di Lahad Datu ini.
Sedikit sebanyak beliau walaubagaimanapun telah menceritakan asal usul perkembangan Islam di sana termasuk dapatan sebuah masjid yang dibina pada zaman prasejarah. Saya berminat untuk bertanya lebih lanjut bersama tuan rumah tersebut tetapi memandangkan kesuntukan masa kami terpaksa meminta diri untuk program yang lain pula.
Semoga Allah merahmati tuan rumah sekeluarga dan pihak jamaah masjid yang menemukan kami. Insya Allah ada kesempatan lain berziarah lagi.
kalau boleh saya tahu dengan siapa sy belum temubual untuk tahu sejarah islam di Lahad Datu?
sila datang ke masjid kg sapagaya lahad datu