Tarikh : 27 Mac 2014

Lokasi : Masjid Nurul Makhdum, Kg Sapagaya Lahad Datu

Alhamdulillah, setinggi terima kasih kepada sahabat baru saya Sdr Nizam dan juga pihak masjid yang memberi ruang untuk saya mengisi satu slot di masjid ini. Sejak awal saya dimaklumkan perkara yang positif tentang masjid ini dan suasananya.

Dari luar pintu masjid saya melihat senarai jadual kuliah yang tersusun, tertarik hati melihat satu nama yang pernah menjadi pelajar kami di Maahad Tahfiz al-Quran dulu, rupanya orang sini yang berkhidmat dan berbakti di kampung halaman sendiri.

Selepas kuliah dan sarapan di luar masjid, barulah saya tahu bahawa kampung ini mempunyai sejarah penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Baru saya teringat, rupanya di sini sejarah itu bermula!

Masjid Nurul Makhdum (1) Masjid Nurul Makhdum (2) Masjid Nurul Makhdum (3) Masjid Nurul Makhdum (4)