Archive for 28 Mac 2014


 

Zaman sekolah dahulu, saya pernah mendengar tentang sejarah kedatangan Islam di Sabah khususnya di Lahad Datu. Apabila ada kesempatan berziarah ke sini, barulah saya tahu rupanya saya berada di sebuah kampung yang memiliki sejarah tersebut.

Ketika minum-minum selepas kuliah subuh, jamaah masjid menceritakan berlebih kurang sejarah tersebut dan lebih menarik kami dibawa seawal jam 6.30 pagi ke rumah yang mempunyai simpanan salinan kitab agama yang berusia lebih 500 tahun. Manuskrip asal berbahasa Idahan saya difahamkan sudah diserahkan kepada pihak muzium.

Tuan rumah (maafkan saya terlupa namanya) yang kami ziarahi tersebut adalah waris yang disahkan untuk memiliki dan menyimpan tiga kitab lama termasuk naskhah al-Quran tulisan tangan yang diwarisi oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Injir bin Panjang (berdasarkan rekod dan kitab yang dilihatkan kepada kami. Katanya, menjadi kebiasaan beliau menerima tetamu seluruh pelusuk negara yang bertanya dan melihat sejarah perkembangan Islam khususnya di Lahad Datu ini.

Sedikit sebanyak beliau walaubagaimanapun telah menceritakan asal usul perkembangan Islam di sana termasuk dapatan sebuah masjid yang dibina pada zaman prasejarah. Saya berminat untuk bertanya lebih lanjut bersama tuan rumah tersebut tetapi memandangkan kesuntukan masa kami terpaksa meminta diri untuk program yang lain pula.

Semoga Allah merahmati tuan rumah sekeluarga dan pihak jamaah masjid yang menemukan kami. Insya Allah ada kesempatan lain berziarah lagi.

Islam@ Sapagaya (1) Islam@ Sapagaya (2) Islam@ Sapagaya (3) Islam@ Sapagaya (4) Islam@ Sapagaya (5) Islam@ Sapagaya (6) Islam@ Sapagaya (7)

Tarikh : 27 Mac 2014

Lokasi : Masjid Nurul Makhdum, Kg Sapagaya Lahad Datu

Alhamdulillah, setinggi terima kasih kepada sahabat baru saya Sdr Nizam dan juga pihak masjid yang memberi ruang untuk saya mengisi satu slot di masjid ini. Sejak awal saya dimaklumkan perkara yang positif tentang masjid ini dan suasananya.

Dari luar pintu masjid saya melihat senarai jadual kuliah yang tersusun, tertarik hati melihat satu nama yang pernah menjadi pelajar kami di Maahad Tahfiz al-Quran dulu, rupanya orang sini yang berkhidmat dan berbakti di kampung halaman sendiri.

Selepas kuliah dan sarapan di luar masjid, barulah saya tahu bahawa kampung ini mempunyai sejarah penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Baru saya teringat, rupanya di sini sejarah itu bermula!

Masjid Nurul Makhdum (1) Masjid Nurul Makhdum (2) Masjid Nurul Makhdum (3) Masjid Nurul Makhdum (4)

%d bloggers like this: