Archive for 25 Mac 2014


Tarikh : 24 Mac 2014

Lokasi : Sembulan Kota Kinabalu

Sebahagian bangunan lama SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu di Sembulan mula dibaik pulih untuk dijadikan sebagai kompleks Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Kerja-kerja menaiktaraf baru bermula dan dijangka siap pada ogos 2015. Bangunan tersebut dijangka boleh memuatkan 100 siswa siswi apabila siap sepenuhnya kelak.

Blog ini akan cuba mengikuti perkembangan proses penaiktarafan bangunan tersebut daripada masa ke masa.

BinaMTQQ (1) BinaMTQQ (2) BinaMTQQ (3) BinaMTQQ (4) BinaMTQQ (6)

Buku yang baru dibaca :

I Want To Be A Writer-500x500

Penulis : Ummu Hani Abu Hassan

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM22.00 / RM24.00

I WANT TO BE A WRITER ditulis dalam bahasa yang santai. Sebuah kisah kehidupan yang berinspirasi. Kisah diolah secara berkronologi hingga membawa kepada kejayaan penulis menjadi seorang penulis yang prolifik pada usia muda. Banyak pengajaran dan tip diberikan penulis. Amat sesuai dijadikan bahan rujukan penulisan.

%d bloggers like this: