Archive for 22 Mac 2014


Tarikh : 20 Mac 2014

Lokasi : SAN Tambalang Tuaran

Pertandingan mencungkil bakat-bakat anak-anak dari Sekolah-Sekolah Agama Negeri (SAN) JHEAINS diadakan setiap tahun. Di sini akan kelihatan bakat bertilawah, menghafaz surah-surah tertentu, bernasyid, menulis khat dan sebagainya.

Satu sisi yang lain, ia menjadi medan pertemuan guru-guru agama terutama yang mengiringi pelajar masing-masing, dan juga guru-guru yang bertugas sebagai hakim dalam ihtifal ini. Di sini saya bertemu dengan senior semasa di Mesir, Ustaz Arif Abdullah yang lama berkelana di Kuala Lumpur selepas tamat pengajiannya. Kini kembali berkhidmat di Sabah.

Ihtifal @ Tuaran (1) Ihtifal @ Tuaran (2) Ihtifal @ Tuaran (3)

 

Masjid Pekan Pitas

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Amin Daerah Pitas

Sekurang-kurangnya terdapat empat cara untuk kita bergaul dengan al-Quran. Pertama, membaca al-Quran bermula dengan asasnya sehingga mahir tentang selok belok tilawah al-Quran termasuk ilmu tajwid, tarannum dan sebagainya. Nabi SAW banyak menjelaskan dalam hadithnya tentang keutamaan membaca al-Quran yang terlalu besar fadhilatnya.

Kedua, menghafaz al-Quran. Sama ada beberapa surah lazim, juzuk amma, surah-surah pilihan atau keseluruhan al-Quran. Tidak semua Allah SWT beri peluang untuk menghafaz al-Quran, namun alangkah eloknya apabila dalam kehidupan berkeluarga kita atau dalam kampung kita terdapat kalangan mereka yang mempelajari al-Quran dengan menghafaznya.

Ketiga, memahami al-Quran. Ia bermula dengan setiap kita memiliki terjemahan al-Quran. Kemudian diikuti dengan majlis ilmu mempelajari tafsir al-Quran agar kita tidak sekadar membaca al-Quran tetapi memahaminya, walaupun membaca tanpa faham sudah mendapat pahala, tetapi lebih baik membaca dengan kefahaman supaya apa yang kita lakukan dalam hidup ini selaras dengan apa yang kita baca di dalam al-Quran.

Keempat, mengajar al-Quran. Ini termasuk di antara keutamaan manusia yang disebut oleh Nabi SAW sebagai sebaik-baik manusia yang mempelajari dan mengajar al-Quran. Mengajar secara formaliti di dalam kuliah dan kelas, bahkan mengajar dalam bentuk akhlak yang indah sebagaimana diajar di dalam al-Quran.

%d bloggers like this: