Tarikh : 15 Mac 2014

Lokasi : Shah Alam

Pertama kali bertemu secara berhadapan dan mendengar ceramahnya di masjid ini, saya kira IM Fakhrul sangat pakej dalam penampilan dakwahnya. Sebenarnya saya lupa nama masjid yang saya datangi itu.

Penyampaian yang bagus, suara yang jelas dan mantap apatah lagi apabila menjadi imam solat isyak, orang muda yang aktif dalam dakwah. Topik ceramah pada malam itu berkisar tentang kehilangan pesawat MH370, tidak banyak berbeza dengan nota yang saya sampaikan ketika berceramah di Jabatan Pendidikan tempohari.

Beliau pernah datang ke Sabah untuk aktiviti dakwah, dan saya sempat membantu untuk meletak lokasi jadual ketika itu. Saya berharap beliau datang ke Sabah lagi untuk dakwah bersama orang muda.

IM Fakhrul