Tarikh : 14 Mac 2014

Lokasi : Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Perasmi : Sultan Selangor

Alhamdulillah, saya dapat menghadiri secara langsung majlis penutupan kali ini dan bertemu dengan  ramai kenalan. Saya turut memerhatikan suasana sekeliling dalam majlis berkenaan dan dapat membuat beberapa kesimpulan asas. Dalam majlis berkenaan diumumkan johan keseluruhan majlis menghafaz kali ini jatuh kepada negeri Selangor.

Wakil-wakil mereka mendapat kedudukan yang baik dalam keputusan majlis menghafaz tahun ini. Saya memerhatikan kehadiran yang ramai kalangan anak-anak tahfiz memenuhi ruang dewan majlis berlangsung.

Saya juga maklum dengan komitmen kerajaan negeri Selangor yang memberi tumpuan kepada pendidikan tahfiz kepada warga kanak-kanak dan remaja. Institusi tahfiz tumbuh subur di negeri ini di setiap daerah, sama ada langsung di bawah kerajaan negeri atau persendirian.

Justeru tidak hairan apabila majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan ditawan oleh wakil-wakil negeri ini kerana mereka mempunyai strategi dan pelaksanaan yang tepat.

Hafaz Kebangsaan (1) Hafaz Kebangsaan (2) Hafaz Kebangsaan (3) Hafaz Kebangsaan (4) Hafaz Kebangsaan (5) Hafaz Kebangsaan (6) Hafaz Kebangsaan (7) Hafaz Kebangsaan (8) Hafaz Kebangsaan (9) Hafaz Kebangsaan (10) Hafaz Kebangsaan (11) Hafaz Kebangsaan (12) Hafaz Kebangsaan (13) Hafaz Kebangsaan (14) Hafaz Kebangsaan (16)