Asalnya saya keberatan untuk mengisi ceramah di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana masa suntuk memandangkan saya bakal berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 11 pagi. Tetapi apabila Tuan Ribbang yang menjadi penghubung memaklumkan bahawa tajuk ceramah berkaitan tentang isu panas ketika ini, iaitu kehilangan pesawat negara MH370 saya bersetuju pula.

Ada beberapa perkara yang saya sentuh, antaranya apa sikap seorang muslim apabila berlaku musibah, aqidah muslim berkaitan qadha dan kekuasaan Allah SWT, serta akhlak dalam menyebarkan berita dan maklumat. Terima kasih atas undangan JPN Sabah dan semoga bermanfaat.

Ceramah MH370 (1)Ceramah MH370 (2)Ceramah MH370 (3)Ceramah MH370 (4)Ceramah MH370 (5)