Archive for 15 Mac 2014


 Sebagai salah seorang tenaga pengajar di maahad, apatah lagi diamanahkan sebagai guru tasmik al-Quran bagi semester akhir ini sejak awal lagi, peperiksaan akhir diploma sangat mendebarkan. Selain peperiksaan dilalui hari demi hari, apabila berakhir menunjukkan bahawa detik perpisahan semakin tiba.

Setelah tiga tahun bersama-sama berjuang di sini, tibalah masanya mereka berangkat meninggalkan maahad ini untuk mencari kehidupan seterusnya. Sama ada bekerja atau menyambung pengajian yang lebih tinggi pula. Insya Allah anak-anak kami ini akan najah dalam diploma mereka dan kehidupan seterusnya.

Foto terakhir pelajar semester akhir bersama dua pengawas peperiksaan dari Darul Quran dan Ustazah Dayang Masni.
Sem 6 (1) Sem 6 (2) Sem 6 (3)

Sumber : https://www.facebook.com/pages/Akhukum-Abdul-Malik/636631606348499?fref=ts

Oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik

DR. ALI : SEBUTIR MUTIARA DI BUMI KINANAH

Jika kita perhati dan amati, kita akan merasakan mutakhir ini merupakan detik Allah mematikan golongan ulamak (yang beramal dengan ilmu mereka) yanh detik kematian mereka jaraknya terlalu dekat antara satu sama lain.

Adakah ini petanda bahawa akhir zaman ini akan dicabut ilmu dengan dimatikan golongan ulamak lalu manusia akan melantik pemimpin yang jahil hingga ditanya kepada mereka lalu mereka sesat dan menyesatkan.

Belum kering air mata kita menangisi pemergian tokoh gerakan Islam Dr Abdul Karim Zaidan, menyusul pula Allahyarham Tuan Guru Harun Taib. Kemudian meninggal kita pula ialah Syeikh Abdul Kareem Kahlout Mufti Gaza. Kemudian Syeikh Yusuf Badri, ulamak haraki Mesir yang pernah diseksa di zaman rejim tentera.

Di Kuala Lumpur kita kehilangan Allahyarham Pak Yazid. Hampir kesemua mereka adalah ulamak yang mengkader pelapis pejuang pejuang Islam yang terlibat secara langsung dalam ilmu haraki.

Tanggal 10 Mac lalu dunia Islam dikejutkan dengan berita ulamak Al azhar, Dr. Ali Abdul Halim Mahmoud pula kembali ke rahmatullah. Dr. Ali  merupakan ulamak Azhar yang terlibat dengan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dan menerima didikan dari Imam Hasan Al Banna.

Dilahirkan tahun 1928 di Tohto dalam wilayah Suhaj, Mesir menulis 65 buah kitab berkaitan fikrah Islam dan sejarah ikhwan. Sesiapa yang pernah ke maktabah Darussalam atau Dar Nasyr wa Tauzik (di Sayidah Zainab) Kaherah akan mendapati banyak tulisan-tulisan beliau. Antaranya berkaitan dengan Rukun Baiah.

Semoga Allah merahmati mereka. Alfatihah buat almarhum Dr. Ali Abdul Halim Mahmoud..

%d bloggers like this: