Archive for 7 Mac 2014


 

Alhamdulillah, saya mengambil sedikit saham apabila dapat membantu kehadiran ulamak hadith dari Mansoura Mesir, Sheikh Dr Mustafa An-Nadawi datang ke Sabah buat beberapa hari ini.

Salah seorang anak murid beliau Ustaz Hairie yang berkahwin dengan muslimat Kota Marudu Sabah РUstazah Intan Farhana Numan Рmemaklumkan kepada saya hajat untuk membawa sheikh ini ke Sabah. Sheikh dalam rangka program ilmu di seluruh Malaysia, dan Sabah salah satu destinasi yang dirancang, hanya mereka tidak tahu laluan untuk menempatkan program ilmu di Sabah kerana tiada hubungan peribadi dengan masjid-masjid di Sabah.

Saya membantu yang terdaya, berhubung dengan beberapa masjid sekitar Kota Kinabalu yang akan saya siarkan foto program dalam artikel yang berikut nanti. Untuk memastikan program berjalan lancar, saya menghubungi SS Mufti Sabah Ustaz Haji Bungsu Aziz untuk mendapatkan tauliah khas dan alhamdulillah tiada sebarang masalah daripada pihak pejabat mufti.

Bahkan SS Mufti bersetuju pula untuk bertemu jika mempunyai ruang kerana memandangkan Sheikh Dr Mustafa adalah antara anak murid Almarhum Sheikh Mustafa An-Nadawi, ulamak terkenal dari India. Maka beliau menganggap satu kesempatan yang baik untuk bertemu, dan saya juga turut hadir di pejabat SS Mufti pada petang tadi.

Terima kasih kepada Sdr Arwin yang sudi menjadi pemandu, menjemput rombongan dari Terminal 2 LTAKK Tanjung Aru dan menghantar serta mengiringi sehingga ke Pejabat Mufti. Foto pertama di bawah saya abadikan kenangan beliau bersama SS Mufti Sabah.

Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (1) Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (4)Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (5)

Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (2)Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (3)Sh Mustafa @ Pej Mufti Sabah (6)



Masjid Kg Peringatan Petagas

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Kg Peringatan Petagas

Kehidupan manusia yang bersifat sementara ini dihiasi dengan ujian hidup berupa kesenangan, kesusahan, suka dan duka. Kesenangan hidup, kekayaan dan seumpamanya bukanlah lambang ketenangan hidup yang hakiki. Ketenangan yang sebenar ialah apabila manusia melengkapi dua perkara : Pertama keimanan kepada Allah, dan kedua hati yang sentiasa mengingati Allah SWT.

Di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW telah menganjurkan beberapa bentuk zikir, secara umumnya terbahagi kepada empat. Pertama al-Quran, kedua zikir atau doa yang tiada ketetapan masa tertentu, ketiga, zikir yang ada masa dan tempat tertentu, dan keempat solawat keatas Rasulullah SAW.

Pertama, al-Quran adalah sehebat-hebat mukijzat. Rasulullah SAW telah menyebut di dalam banyak hadith akan kelebihan orang yang membaca dan beramal dengannya secara istiqomah. Umat Islam hendaklah menjadualkan diri dengan tilawah setiap hari.

Kedua, ada bentuk zikir atau doa yang boleh dibaca dan diamalkan pada bila-bila masa. Contohnya tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang boleh diwiridkan sepanjang masa tidak kira siang atau malam. Ketiga, ada zikir yang bersifat mempunyai masa dan tempat tertentu seperti doa bangun dan hendak tidur, doa masuk dan keluar tandas, doa masuk dan keluar masjid dan banyak lagi.

Keempat, ialah solawat keatas Rasulullah SAW yang mempunyai kelebihannya tersendiri serta diberi ganjaran yang besar. Solawat juga adalah antara jalan kita sebagai umat baginda SAW untuk mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat.

%d bloggers like this: