Archive for 6 Mac 2014


 

Secara keseluruhannya, khidmat di Klinik Kesihatan Putatan amat memuaskan kami. Apatah lagi urusan utama kami berkenaan pemeriksaan anak-anak sejak mereka dilahirkan dan rawatan ibu mengandung sejak tahun 2004 sehingga kini berjalan lancar. Beberapa jururawat dan doktor dikenal baik oleh isteri saya kerana kerap berurusan di sini.

Hanya satu saja pemerhatian saya yang mungkin perlu lebih dilihat oleh pengurusan klinik, iaitu parkir yang tidak mencukupi di kawasan dalam perkarangan klinik. Satu pemandangan yang biasa kenderaan kini bersesak hingga ke luar jalan. Kalau dibikinkan kawasan parkir di atas longkang atau parit di atasnya sudah tentu lebih elok.

KKPutatan (1)KKPutatan (2)KKPutatan (3)

Tengkorak

Saya dihubungi oleh keluarga pesakit ini agar datang ke rumahnya di Putatan, sementara sebelum itu ketika beliau di hospital kami ada menziarahinya secara tidak sengaja.

Sebenarnya saya tidak kenal pun beliau, hajat asalnya untuk menziarahi seorang pesakit lain atas urusan Darussyifa’ di Hospital Queen Elizabeth 2. Pulang dari wad pesakit asal tersebut, saya melihat pintu demi pintu selepasnya kerana di sana tertera nama dan alamat pesakit. Sejurus saya melihat nama Kg Sembulan, saya langsung masuk.

Rupanya pihak hospital belum menukar data kerana pesakit dari Kg Sembulan sudah keluar, sementara yang menggantinya pesakit dari Putatan. Beliau ini sakit akibat stroke. Saya ruqyahkan setelah meminta izin waris yang ada.

Itu kisah beberapa bulan sebelum ini.

Rupanya beliau sudah dibenarkan balik ke rumah. Tapi inilah keadaan kepalanya apabila sebahagian tengkorak dibelah sementara dan nanti akan dipasang semula. Saya berziarah dua malam lepas dan mendapati beliau bercerita seperti biasa, cuma ada sedikit ganjil menurut keluarganya yang ada di situ.

Beliau bercerita tentang perjalanannya ke Bali Indonesia dan beberapa lokasi lain, sedangkan menurut keluarganya beliau belum pernah ke sana. Saya tidak berhajat memanjangkan kisahnya, wallahu a’lam. Doakan saja beliau sembuh dan kembali seperti biasa. Amin!

%d bloggers like this: