Abdul Hadi

Kalau tahun 2013, saya hanya membawa Abdul Hadi ke masjid pada setiap solat jumaat, pada tahun 2014 ini pula saya tambah kekerapan lagi dengan membawa ke masjid waktu maghrib tiga kali seminggu selain solat jumaat. Isnin malam selasa ke Masjid Kg Sipanggil Putatan, selasa malam rabu di Masjid Kg Muhibbah Petagas dan sabtu malam ahad di Masjid Daerah Putatan.

Saya tambah tugasan untuk Abdul Hadi. Sama ada dia membawa buku sekolahnya ke masjid jika ada kerja rumah, atau membawa buku cerita dan kemudian apabila balik dari masjid, membawa buku yang saya kuliahkan iaitu Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Ustaz Ismail Kamus. Ternyata tugasan itu merasakan dia dihargai dan ada faedah.

Selain itu, saya dapat mendidik dan membiasakannya ke masjid, bergaul dan bersalaman dengan para jamaah walaupun tidak kurang dia tertidur selepas maghrib kerana keletihan selepas balik dari sekolah agama sebelah petang.