Archive for 1 Mac 2014


Tarikh : 1 Mac 2014

Lokasi : Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu

Munaqasyah (1)Munaqasyah (2)Munaqasyah (3)Munaqasyah (4)Munaqasyah (5)Munaqasyah (6)




Sumber : Web JAKIM

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kehidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak dalam kebinasaan.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya supaya memelihara lima (5) prinsip yang menjadi keutamaan dalam kehidupan harian mereka untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat iaitu memartabatkan kesucian agama, menghargai nyawa, memelihara akal, menjaga nasab keturunan dan memiliki harta dan mensucikannya.

Pelbagai isu negatif yang rumit dan kronik perlu dicegah dan dibanteras oleh pihak berkuasa hari ini terutamanya isu-isu yang melanda umat Islam dalam negara ini berkaitan dengan pemikiran atau ideologi, akidah, kepercayaan dan yang boleh menjejaskan akal dan minda individu yang terlibat dengannya.

Pada hari ini juga isu dadah umpamanya sudah sampai ke tahap serius dan kritikal sehinggalah ia diisytiharkan sebagai “Musuh Nombor Satu Negara” sejak 31 tahun yang lalu sehingga kini. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu bagi memerangi musuh utama negara ini sebagaimana yang dituntut oleh agama kita dalam usaha mencegah segala kemungkaran dan kemaksiatan.

Sejajar dengan peringatan daripada al-Quran dan al-Hadith Rasulullah SAW, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian untuk bertindak iaitu:

Pertama: Sebagai pemimpin perlu memperhebatkan program turun padang bagi membantu membimbing, mendekati dan memberi keyakinan hidup kepada keluarga yang menghadapi krisis sosial. Perbuatan mencerca, dan menghina mereka yang menghadapi ujian Allah SWT adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh membebankan lagi penderitaan hidup mereka.

Kedua: Ibu bapa sebagai tunjang keluarga mesti bertanggungjawab memastikan agar diri dan ahli keluarga sentiasa memelihara kesucian agama dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna dan istiqamah. Ketahuilah bahawa beristiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama, insyaAllah seseorang mampu menghindarkan diri dan keluarga dari ancaman gejala negatif, perosak minda dan gejala sosial lain.

Ketiga: Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memberi perhatian serius dalam usaha membanteras gejala-gejala negatif seperti pengedaran dadah, aktiviti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan seumpamanya dan mereka yang bersubahat dengannya serta menyalurkan maklumat dan informasi kepada pihak berkuasa berkenaan seperti pihak keselamatan, Kastam dan Imigresen. Semoga dengan cara sedemikian aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dihalang dengan harapan indeks perlakuan jenayah boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima.

%d bloggers like this: