KelisaBiasanya apabila kenderaan kena langgar (kerana saya ada pengalaman beberapa kali kemalangan jalanraya), perasaan marah, geram, terkejut dan sebagainya bercampur aduk.

Tapi kali ini apabila kelisa kami disondol dari arah belakang petang tadi, saya tersenyum pula. Ceritanya apabila kenderaan belakang tidak sempat menekan brek apabila saya berhenti bagi memberi laluan di simpang berdekatan Austral, lalu dilanggar. Ketika itu semua anak-anak ikut kerana menghantar ke sekolah agama petang.

Sedikit perasaan terkejut, sementara Hana menangis terkejut apabila berlaku hentakan di belakang. Saya melihat melalui cermin, tersenyum spontan dan kemudian terus bergerak ke hadapan menuju destinasi ke surau. Saya tersenyum sebab yang melanggar ialah sahabat kami jamaah surau Austral yang sahabat ini bertugas di Petronas.

Berdasarkan pengalaman kemalangan ini, biasanya polis mengatakan kenderaan belakang dikira salah. Maka sahabat jamaah surau ini apabila kami bertemu di surau selepas itu kerana beliau juga menghantar anaknya ke sekolah, serta merta mengakui akan membayar semua kos. Alhamdulillah.

Yalah, pegawai petronas.. hehehe..