Selepas keluar wad akibat kejadian sebahagian jari ibu jari yang terkoyak tempohari, menjadi rutin kami setiap dua hari untuk ke klinik kesihatan Putatan menggantikan pembalut jari tersebut. Sungguh kejadian tempohari memberi banyak ilmu dan pengalaman kepada kami sekeluarga, khususnya berkaitan dengan penjadualan hidup yang sedikit berubah.

Beberapa hari anak dan isteri bermalam di wad hospital pada peringkat awal kejadian, anak-anak terpaksa saya urus sendirian – berbanding jika isteri yang mengurus sendirian apabila saya keluar daerah. Mengatur jadual rutin ke klinik, menunggu giliran bertemu pembantu perubatan, belajar sedikit sebanyak soal menjaga kesihatan anak-anak.

KakiAina' (1)KakiAina' (2)KakiAina' (3)KakiAina' (4)