Setinggi tahniah kepada pasukan penganjur daripada PAKSI yang membawa Ustaz Afis Ibrahim (UAI Junior) ke Sabah khususnya Kota Kinabalu dan Papar untuk mengisi beberapa slot kuliah di beberapa buah masjid dan surau. Bak kata ramai sahabat-sahabat yang mendengar, suka sekali mereka kerana penyampaian ala-ala Ustaz Azhar Idrus.

Penyampaian yang lantang, jelas, tamsilan yang mudah dan bersahaja menarik perhatian audien yang mendengar. Hanya ada suara menyatakan dialek Terengganu yang pekat menyebabkan ada yang tidak fahami sebahagian isi kandungan ceramah beliau.

Saya tidak dapat mengikuti semua program kecuali di Surau Taman Austral sahaja itu pun di hujung program. Secara keseluruhan, tahniah kepada semua yang terlibat.

UAIJ (2) UAIJ (1)UAIJ (4)

UAIJ (3)