Anak kelima kami, Aina Salsabila terpaksa dimasukkan ke dalam wad Hospital Likas selepas sebahagian ibu jari kakinya koyak 2 hari lepas. Kebetulan ketika kejadian saya berada di KLIA untuk balik ke Kota Kinabalu.

Ibu jari tersebut koyak selepas Aina bermain di perkarangan Surau Taman Austral lewat petang dan dihantar oleh Ustaz Zaim ke wad kecemasan QEH sebelum dirujuk di Hospital Likas. Aina ditahan selepas itu untuk dibedah dan menunggu keputusan doktor.

Sehingga ini, keadaan semakin stabil dan boleh pulang sehari dua lagi.

Koyak (1)Koyak (2)Koyak (3)Koyak (4)Koyak (5)