Archive for 30 Januari 2014


Tarikh : 29 Januari 2014

Lokasi : Dewan Terbuka SMK Tebobon

SMK Tebobon antara sekolah kegemaran saya untuk berprogram di sini. Selain pemandangan yang indah di atas bukit, ada kenangan tentang naqib kami – Ustaz Haji Abdullah Din yang pernah berkhidmat di sini. Beliau menjadi murabbi kepada kebanyakan pelajar yang beliau bimbing melalui persatuan pelajar Islam.

Sahabat saya – Allahyarham Ustaz Ezri pernah berkhidmat di sini sehingga dijemput Allah SWT. Seorang lagi sahabat saya Ustazah Azlinah Madisha juga pernah bertugas di sini sehingga berpindah ke Terengganu mengikut suami. Juga ada beberapa lagi mereka yang saya kenali di sini. Pokoknya sekolah ini mempunyai warga pendidik yang hebat-hebat.

Sepanjang berceramah di sini, saya mendapat sokongan pelajar yang menjadi pendengar yang baik. Respon juga agak bagus. Sudah tentu objektif dan sasaran saya tercapai dalam konteks menyampaikan ceramah dan misi ke sini. Semoga Allah SWT memberi kebaikan kepada sekolah ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang mengundang, dan anakanda Fauzan pelajar maahad dan alumni sekolah ini yang sudi menemani saya.

SMKTebobon (1)SMKTebobon (2)SMKTebobon (3)SMKTebobon (4)SMKTebobon (5)SMKTebobon (6)SMKTebobon (7)SMKTebobon (8)SMKTebobon (9)

Pada mesyuarat kali pertama awal bulan ini bagi memilih JK Darussyifa’ Lok Kawi, kami menetapkan akan mengadakan mesyuarat setiap akhir bulan. Dalam mesyuarat kali ini kami mengemaskini lagi senarai JK, serta memutuskan beberapa hal berkaitan kualiti perkhidmatan kami di pusat rawatan sedikit demi sedikit.

Akhir mesyuarat juga menyaksikan secara rasminya Sdr Fahmi yang juga timbalan pengerusi menandatangani perlantikan jawatan sebagai penyelia pusat rawatan. Semoga perlantikan ini akan membawa kebaikan untuk Darussyifa’ Lok Kawi.

DS Lok Kawi (1)DS Lok Kawi (2)DS Lok Kawi (3)DS Lok Kawi (4)


%d bloggers like this: