Archive for 29 Januari 2014


ZIARAH USTAZ PARMIN

Sahabat-sahabat seusrah mengambil ruang untuk berziarah ke wad perubatan C Hospital Queen Elizabeth, khususnya menemui guru yang dikasihi Ustaz Haji Parmin Sahlan yang sudah ditahan beberapa hari sebelum ini.

Di wad sudah ada beberapa jamaah masjid Bandaraya yang lebih awal datang, dan sahabat-sahabat kami turut membawa buah tangan untuk diedarkan kepada pesakit dan petugas wad berkenaan. Menyambut kami di wad ialah anak Ustaz Parmin sendiri, Khairul Basyah.

Saya turut mengambil peluang untuk meruqyah ustaz dan berharap apabila beliau kembali ke rumah nanti, pihak kami akan bergilir-gilir meruqyah beliau di rumah pula. Doa kami Ustaz Parmin akan sembuh dan kembali seperti biasa.

UstParmin (1)UstParmin (2)UstParmin (3)

Beberapa hari lepas, perasaan saya bercelaru apabila memijak sebahagian lantai rumah. Fikiran orang yang tidak tahu berkenaan bab seperti ini merasakan seolah-olah bagai ada runtuhan di bawah rumah. Terasa ada kosong antara lantai dan tanah di bawahnya.

Tetapi menurut orang alim bab pembinaan rumah ini menyatakan hasil pembikinan lantai yang tidak betul dan sempurna, menyebabkan terasa ada ruang kosong  apabila memijaknya. Agak-agaknya lebih 20 keping juga terpaksa diganti.

Lantai (1)Lantai (2)Lantai (3)Lantai (4)


%d bloggers like this: