Archive for 21 Januari 2014


BLOGGER SEBAGAI PENDAKWAH?

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/25078-blogger-sebagai-pendakwah

Oleh : Shuhaimi Embong 

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka.

Fungsi weblog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut. Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenali sebagai blogger.

Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat anjal dari segi kaedah atau cara dakwahnya.

Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan. Penggunaan teknologi maklumat dan komukmuasi (ICT) dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang kaedah dakwah di abad ini.

Kecanggihan ICT kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi telah memungkinkan blog digunakan untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Justeru blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Wujud fenomena baru di dalam dunia ICT dikalangan generasi muda yang dipanggil weblog. Hampir dari kita semuanya sudah tidak asing lagi dengan blog atau weblog,contohnya WordPress, Blogspot  dan lain-lain.

Apa itu Blog?

Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog. Istilah “weblog” dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, “blog,” dicipta oleh Peter Merholz yang memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999.

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu sama ada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain.

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’.

Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Blog boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat.

Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi (http: //www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi.

Malah hasil penelitian melalui laman alexa.com sebelum ini menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706).

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/24670-ahli-pas-sebagai-muslim-haraki

Oleh : YB Ustaz Haji Idris Ahmad

Cukupkah kita hanya menjadi Muslim yang baik dengan Allah, tetapi membiarkan kefasadan yang melanda di dalam masyarakat. Orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini. Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mengambil peduli apa yang berlaku sekelilingnya.

Kehadiran kita sebagai manusia, bukan diminta, tetapi semuanya adalah takdir Allah SWT yang Maha Mengetahui apakah hikmah yang tersurat dan tersirat. Yang jelas kewujudan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT untuk memakmur dan menguruskan bumi ini dengan agama.

Tidak ada siapa yang terlepas daripada tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Mungkin di dunia, ia dapat melepas lari, tetapi tidak di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, “Semua kamu adalah pemimpin, dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya.”

Hadis ini sebagai satu penyataan umum kepada kita bahawa semua manusia yang mukallaf bertanggungjawab atas kehidupannya ketika berada di dunia. Mereka boleh memberi berjuta alasan ketika berada di atas dunia, tetapi di akhirat medannya sudah berlainan. Waktu itu amalan yang menjadi saksi atas pebuatan mereka.

Muslim Haraki ialah ahli Pas yang telah berjanji setia dan akur kepada Perlembagaan Parti dan disiplin parti selagi tidak bertentangan dengan syariat. Mereka bersedia untuk melaksanakan amanah parti yang produktif dan mempunyai nilai tambah kepada parti. Mereka bukan ahli yang jumud dan tidak memberi manfaat kepada orang ramai di dalam rangka untuk membina masyarkat Islam dan negara yang berpandukan kepada syariat Allah SWT.

Kita kesti menjadi muslim Haraki, kerana ini merupakan sunnah para Rasul yang terdahulu sehingga terpaksa mengorbankan diri mereka semata-mata untuk melihat dakwah subur di atas muka bumi ini. Nabi SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika baginda merupakan orang yang mempunyai kepentingan diri. Baginda boleh selamatkan diri jika baginda mahu. Sebagaimana tawaran dunia yang cukup lumayan, bukan Jusa A atau Turus.

Pembesar Quraish menawarkan “Wahai Anak Saudaraku jika kamu bawa agama kerana hendak harta kekayaan, maka kami akan mengumpul kekayaan sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dalam kalangan kami. Jika engkau bawa agama ini untuk hendak menjadi ketua, Maka kami akan tabal kamu menjadi pembesar di Makkah”. Kesemuanya ini ditolak. Kerana apa?. Semuanya ialah kerana baginda bukan hendak menjaga kepentingan diri, tetapi untuk maslahah umum.

Jika baginda mempunyai kepentingan diri, baginda tidak perlu meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda boleh melepaskan diri dengan membiarkan pengikutnya terseksa. Baginda juga boleh menyelamatkan diri sendiri, kerana keluarga baginda adalah golongan kenamaan. Kerana menjadi adat di dalam masyarakat jahiliah cukup menghormati darjat dan keturunan. Mereka malu untuk membuat sebarangan terhadap batang tubuh baginda.

Muslim haraki mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam masyarakat. Kehadiran mereka dirasai dan ketiadaan mereka dirindui. Mereka mengembelingkan tenaga mereka di tengah- tengah masyarakat dengan menjual produk Islam kepada orang lain sehingga terasa Islam itu rahmat untuk semua.  Sabdara Rasulullah SAW, “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya (sensitif) di tengah-tengah manusia.”

Mereka mesti menjadi juara kepada ummah, bukan sahaja kepada kelompok tertentu sahaja. Mereka begitu sensitif terhadap perkembangan semasa yang membabitkan akidah, ekonomi, politik dan moral.

Muslim haraki bukan sahaja pandai berbicara tetapi melaksanakan. Bukan Muslim Haraki jika hanya pandai mengkritik tetapi tidak membawa penyelesaian. Muslim haraki bukan sahaja pandai menghukum, tetapi mesti menjinakkan mad’u (sasaran). Di dalam dunia hari ini orang sudah tidak mahu “talk no action” (bercakap tetapi tidak bertindak).

Jangan kita marah jika masyarakat jauh dengan perjuangan kita jika kita hanya berteori tetapi tidak melaksanakan. Jangan kita rasa pelik masyarakat akan mendekatkan diri dengan ideologi lain lantaran kita tidak menjadi Muslim Haraki yang menunjukkan suri teladan yang baik. Muslim haraki mesti buktikan mereka adalah amanah kepada harta rakyat apabila diberi amanah.

%d bloggers like this: