Archive for 18 Januari 2014


USTAZ AZMAN MUSTAFA

Ust Azman

Satu majlis santai, makan-makan satey di Restoran Sempelang Asia City bagi meraikan sahabat kami Ustaz Azman Mustafa yang bakal berpindah ke Kuala Selangor dalam masa terdekat. Ustaz Azman yang berasal dari Besut Terengganu mula saya kenali hampir 10 tahun lalu.

Ketika beliau bertugas di SK Pulau Gaya, saya pernah memenuhi undangan pihak sekolah menyampaikan ceramah sempena Maulid Nabi SAW. Ketika itulah rasanya saya pertama kali berkunjung ke Pulau Gaya.

Ustaz Azman memang tidak banyak mengisi slot ceramah atau kuliah di masjid surau, tetapi para sahabat mengenali beliau banyak mengatur di belakang tabir kerja-kerja dakwah di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan. Semoga kerja-kerja beliau diganjari pahala daripada Allah SWT dan diberikan kekuatan apabila berpindah ke kawasan baru selepas ini nanti.

Majlis santai kami malam itu lebih meriah dengan kehadiran Ustaz Mohd Nazri Chik, orang kuat Bank Islam Malaysia Berhad dari ibu negara yang ada program di Sabah.

Tarikh : 17 Januari 2014

Lokasi : Dewan Unit Udara PDRM, Tanjung Aru Sabah

Alhamdulillah, akhirnya dapat bersua dengan abang-abang dan kakak-kakak polisi unit udara. Mengisi slot ceramah sempena Mawlid Nabi SAW. Semoga ada pengajaran untuk semua.

Unit Udara PDRM (1)Unit Udara PDRM (2)Unit Udara PDRM (3)

%d bloggers like this: