Archive for 16 Januari 2014


Masjid Kg Contoh

Suka sekali saya melihat keupayaan Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas Putatan yang mengadakan siri ceramah berkenaan Rasulullah SAW secara rally sepanjang minggu. Bermula dengan sambutan Mahrajan Cinta Rasul tempohari, diikuti dengan ceramah pelbagai topik semuanya menyentuh tentang Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, saya turut diundang pada 14 Januari lepas dengan topik ‘Rasulullah dan Keluarga’. Saya kira topik yang sangat dekat di hati audien yang hadir, kerana kita semua hidup berkeluarga, sementelahan bak kata seorang jamaah tempohari, ini satu tajuk yang tidak ‘panas’ dan selesa dihadiri oleh pelbagai latar jamaah.

Saya bawakan beberapa kisah berdasarkan hadith-hadith Rasulullah SAW tentang kehidupan berkeluarga baginda, romantiknya baginda bersama para isteri sebagai teladan dan perbandingan dengan kita pada hari ini. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.

Setinggi penghargaan kepada Ustaz Muhammad Khalil dan rombongan dari Semenanjung yang menyampaikan tazkirah ringkas di surau maahad. Tazkirah beliau menyentuh berkenaan kewajipan mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan seterusnya berdakwah di dalam masyarakat masing-masing.

UstKhalil (1)UstKhalil (2)

%d bloggers like this: