Tarikh : 14 Januari 2014 (Selasa)
Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi
Maahad mengambil ruang sempena hari cuti Mawlidur Rasul SAW, sementelahan Sambutan Mawlidur Rasul Peringkat Negeri dibawa ke Tawau, warga maahad tidak terbabit dalam sambutan berkenaan. Walaupun program ini hanya melibatkan aktiviti dalaman, semua siswa siswi diarahkan menyertai kategori masing-masing mengikut format kebangsaan.
Selain untuk mencari wakil ke peringkat negeri, majlis ini juga untuk menguji kemampuan siswa siswi dalam hafazan masing-masing, selain membiasakan mereka dengan acara-acara pentas. Acara berakhir jam 1.30 petang.