Archive for 7 Januari 2014


MENGAJI DI RUMAH KAMI

Mengaji3

Dalam tempoh ini, hampir setiap hari saya menerima panggilan untuk belajar mengaji. Oleh kerana maklumat sebelum ini tersebar lewat internet, mereka yang menghubungi saya bukan saja sekitar Putatan bahkan merentasi negeri.

Lucu pula rasanya, disamping rasa kagum akan kesungguhan mereka yang menghubungi saya untuk permintaan mengaji al-Quran meski di peringkat asas. Saya pernah menerima panggilan dari Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Kalau di Sabah, panggilan diterima dari Tawau, Sandakan, Tuaran dan Sepanggar.

Untuk sekitar rumah, ada anak-anak yang belajar mengaji di rumah kini tinggal di sekitar taman yang sama, juga sekitar Petagas, Putatan dan Kepayan. Jumlah terkini yang belajar di rumah hampir 30 orang secara keseluruhannya, walaupun mereka tidak setiap malam mengaji. Sikap saya pula, selama mereka mahu belajar dan menepati syarat yang kami mahu juga, saya tidak pernah menolak mana-mana permintaan untuk belajar mengaji.

Antara jam 7-9 malam, rumah kami menjadi meriah dan ceria dengan anak-anak ini.

Pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Putatan membuat sedikit ubahsuai dengan memindahkan operasi PASTI Raihan di Kampung Sri Pandan ke Taman Petagas bagi pengajian tahun 2014.

Penduduk kawasan sekitar seperti Bukit Vor, Taman Petagas, Taman Friendship, Taman Jumbo, Kampung Muhibbah, Kampung Contoh, Kampung Sri Pandan, Tanjung Dumpil dan lain-lain, yang mempunyai anak-anak berumur antara 4 hingga 6 tahun dipelawa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan pra sekolah di PASTI ini.

Yuran bulanan PASTI di sini ialah sebanyak RM80 sahaja bagi seorang murid. Hubungi penama di dalam poster iklan ini untuk maklumat lanjut.

IMG-20131212-WA0004

%d bloggers like this: