Archive for 2 Januari 2014


 

Cuti tahun baru 2014 semalam, kami dalam tim Darussyifa’ Sabah memenuhi satu undangan sebuah bank di Kota Kinabalu untuk merawat premis mereka. Saya sendiri pernah menerima panggilan sebelum ini gangguan yang menimpa beberapa warga bank berkenaan.

Setelah beberapa kali perundingan, tepat 1 Januari, selepas solat zuhur kami berziarah melakukan sebagaimana proses yang kami lakukan di premis-premis lain sebelum ini. Pengalaman beberapa kali merawat premis lain seperti asrama, rumah, sekolah, bank, pejabat dan hospital telah semakin memasakkan pengalaman kami sendiri.

Solat hajat, bacaan yasin, ruqyah tertentu, dengan air berapa di hadapan peserta yang hadir termasuk warga bank sendiri. Kemudian, premis diazankan di beberapa tempat seperti ruang terbuka, bilik-bilik pejabat dan sebagainya. Sebahagian staf kami pimpin untuk merenjis air berkenaan agar mereka melakukannya sendiri sambil membacakan ayatul Kursiy.

Doakan mudah-mudahan Allah SWT menerima permohonan mereka dan kami semua. Agar tiada lagi kesulitan yang menimpa warga mereka.

Rawat Bank (1)Rawat Bank (2)Rawat Bank (3)Rawat Bank (4)Rawat Bank (5)Rawat Bank (6)Rawat Bank (7)Rawat Bank (8)






Tarikh : 31 Disember 2013

Lokasi : Perkarangan maahad

Keluar daripada aktiviti rutin, maahad kendalian persatuan pelajar menganjurkan bbq akhir tahun 2013 di perkarangan maahad. Solat maghrib berjemaah, kemudian diikuti aktiviti bbq, solat isyak berjemaah dan makan-makan. Majlis santai disertai oleh puan pengetua dan seluruh warga maahad.

BBQ Tahun 2014 (1)BBQ Tahun 2014 (2)BBQ Tahun 2014 (3)BBQ Tahun 2014 (4)BBQ Tahun 2014 (5)

%d bloggers like this: