Archive for Disember, 2013


ZIARAH DARUSSYIFA’ LABUAN

Tarikh : 19 Disember 2013

Percutian di Labuan, saya tetap mengisi masa untuk Darussyifa’ Labuan, kebetulan khamis malam jumaat adalah malam rawatan. Walaupun pernah berziarah di sini sebelum ini, tetapi ini pengalaman pertama membantu aktiviti merawat.

Saya mendapat idea dan maklumat yang bagus berdasarkan pemerhatian di dalam premis pusat rawatan ini. Walaupun aktivis perawat agak terbatas, pembahagian tugas agak tersusun. Dua perawat bertugas untuk seorang pesakit yang datang.

Saya sempat membantu tiga pesakit, mereka masuk dengan membawa borang maklumat pesakit yang jelas. Tidak banyak sembang awal, sekadar bertanya khabar sambil membaca maklumat di borang, saya terus meruqyah pesakit. Ada salah satu daripadanya kes berkaitan gangguan. Tidak ketinggalan juga ada kes berkaitan tangkal yang dibawa oleh pesakit yang kemudian dibatalkan sihirnya.

Selepas selesai ruqyah, perawat seorang lagi membantu memberi penerangan tentang cara memanfaatkan air ruqyah, amalan-amalan asas seorang muslim dan nasihat-nasihat yang boleh dibawa pulang nanti. Saya suka penampilan perawat-perawat yang kemas, petugas kaunter dan sebagainya.

Darussyifa' Labuan (1) Darussyifa' Labuan (2) Darussyifa' Labuan (3) Darussyifa' Labuan (4)

Tarikh : 20 Disember 2013

Lokasi : Medan Ilmu, Kota Bharu Kelantan

Pembimbing : TG Nik Aziz Nik Mat & Ustaz Syamsul Zaman Sukri

AKU & PAS

Buku yang baru dibaca :

aku & pas

Penulis : YB Ustaz Rosli Abdul Jabar (ADUN Tg Lumpur Pahang)

Harga : RM20.00

Sebuah buku bersifat ‘travelog’ menceritakan tentang penglibatan Ustaz Rosli Abdul Jabar dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak zaman remajanya sehingga Allah SWT memberikan nikmat kemenangan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur Pahang.

Catatan langsung daripada status facebook beliau yang kemudian dibukukan, suatu catatan santai dan mudah dihayati, bahkan dalam banyak keadaan membaca catatan beliau seperti membaca kisah diri sendiri. Buku yang sangat baik dibaca.

Masjid Kg Sg Buton

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Nur ar-Rahim, Kg Sungai Buton WP Labuan

Mengadakan majlis walimah – kenduri sempena perkahwinan ada perkara yang dituntut dan termasuk dalam ibadah. Ini kerana pernikahan dan penyatuan antara seorang lelaki dan perempuan termasuk sunnah Rasulullah SAW, justeru ia disyukuri atas jodoh yang ditakdirkan oleh Allah SWT dengan mengundang tetamu dan menjamu dengan hidangan tertentu.

Perbincangan khutbah hari ini ingin menzahirkan keadaan masyarakat yang mengadakan walimah di luar daripada tuntutan ibadah tadi. Walimah yang sepatutnya mendatangkan pahala, dibimbangi diganti dengan dosa dan kemurkaan Allah SWT apabila berlaku kemungkaran dan seumpamanya.

Pengantin dan keluarganya yang sibuk dengan pengatur persiapan, kunjungan tetamu yang ramai dan tidak putus sehingga meninggalkan solat fardhu bukanlah sebahagian ajaran agama. Begitu juga pengantin perempuan yang sanggup dan tergamak membuka aurat untuk tayangan tetamu mereka walaupun mungkin dia seorang yang menutup aurat pada kebiasaannya. Maka inilah antara perkara sepatutnya diperbaiki dalam masyarakat kita.

JALAN-JALAN DI LABUAN

Tarikh : 19 Disember 2013

Labuan (1) Labuan (2) Labuan (3) Labuan (4) Labuan (5) Labuan (6) Labuan (7)

nelsonmandela2

Sumber : http://abdnaddin.blogspot.com/2013/12/satu-catatan-tentang-mandela.html

Satu pagi pada 13 Disember 1989, Nelson Mandela dibawa ke Tuynhuys berjumpa F.W. de Klerk. Itulah kali pertama Mandela, yang masih dipenjara bertemu dengan Presiden Afrika Selatan yang baru saja menggantikan P.W. Botha, beberapa bulan sebelum itu.

Dalam pertemuan itu, menurut Mandela, de Klerk menyambutnya dengan mesra. Dia menyedari betapa de Klerk mendengar apa yang beliau katakan. Mereka berbincang-bincang mengenai masa depan negara itu termasuk bagaimana cara menamatkan sistem apartheid. Mereka berbincang mengenai kebimbangan golongan kulit putih terhadap dominasi kulit hitam jika sistem itu dihapuskan.

Mandela meminta agar pengharaman ANC dan parti-parti politik lain ditarik balik. Beliau juga meminta agar semua tahanan politik dibebaskan manakala perisytiharan darurat dibatalkan dan mereka yang dalam buangan dibenarkan pulang.

Inilah antara syarat yang dikenakan oleh Mandela kepada F.W de Klerk jika presiden itu berhasrat untuk membebaskannya. F.W de Klerk berkata beliua akan mempertimbangkan semua yang dikatakan Mandela itu tetapi beliau tidak menjanjikan apa-apa.

Namun pada 2 Februari 1990, de Klerk berucap di Parlimen dan memulakan langkah untuk memansuhkan Sistem Apartheid. Beliau juga mengumumkan bahawa ANC dan 34 parti lain dibenarkan beroperasi, tahanan politik dibebaskan dan menarik balik beberapa peraturan yang dikenakan dalam perintah darurat.

“Masa untuk berunding telah tiba,” katanya. ANC yang telah diharamkan lebih 40 tahun, pada tahun itu telah diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang sah. Tujuh hari selepas pembukaan parlimen itu, Mandela sekali lagi dibawa ke Tuynhuys.

“Saya tiba jam enam petang. Saya bertemu dengan Mr de Klerk di pejabatnya dan ketika kami bersalaman, beliau memberitahu akan membebaskan saya dari penjara keesokan harinya,” kata Mandela dalam autobiografinya ‘Long Walk To Freedom” yang mula diterbitkan tahun 1994 dan dicetak semula tahun 2013 oleh Back Bay Books.

Walaupun media telah membuat berbagai spekulasi mengenai pembebasan Mandela beberapa minggu sebelum itu, pemberitahuan oleh de Klerk itu tetap membuatnya terkejut.

“Saya tidak diberitahu alasan Mr de Klerk mahu berjumpa saya adalah untuk memberitahu bahawa saya akan dibebaskan,” kata Mandela. Terjadi konflik dalam dirinya. Walaupun beliau mahu meninggalkan penjara secepat mungkin tetapi untuk melakukannya dalam notis singkat adalah sesuatu yang tidak bijaksana.

Mandela mahu dibebaskan, kalau boleh seminggu selepas itu supaya keluarganya dan ANC dapat membuat persediaan untuk pembebasan beliau. Beliau memberitahu de Klerk bahawa jika beliau dibebaskan esok, ia akan menimbulkan kekacauan. Beliau meminta tempoh tujuh hari kepada de Klerk kerana setelah menunggu 27 tahun dalam penjara, apalah ertinya tujuh hari bagi beliau.

De Klerk terkejut. Tidak menyangka Mandela akan memberi respon seperti itu. Dalam perancangannya,Mandela akan diterbangkan dengan helikopter ke Johannesburg dan akan dibebaskan secara rasmi di sana. Tetapi Mandela tetap mahu dibebaskan di Cape Town. Sebelum dibebaskan dari penjara Victor Verster, Mandela mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat di Cape Town selain mahu menyampaikan terima kasih kepada pegawai penjara.

“It was a tense moment and, at the time, neither of us saw any irony in a prisoner asking not to be released and his jailer attempting to release him,” tulis Mandela dalam autobiografinya itu. Setelah berbincang dengan pegawainya, de Klerk berkata pembebasannya tidak boleh ditangguhkan kerana media asing telah diberitahu dan mereka tidak mempunyai masa lagi untuk menarik balik kenyataan itu.

Akhirnya, Mandela dibebaskan di Cape Town. Beliau tidak menyangka sambutan luar biasa masyarakat terhadap pembebasan beliau. Beliau yang berusia 71 tahun ketika itu terkejut melihat bagaimana ribuan orang menyambut beliau termasuk masyarakat kulit putih. Walaupun begitu, beliau masih terkilan kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan penjara yang telah menjaganya selama 27 tahun dibalik jeruji besi.

Pada tahun 1993, Mandela dan de Klerk diumumkan sebagai penerima Hadiah Nobel Peace Prize.

“Katakan yang benar. Sebaik anda meninggalkan penjara selepas 27 tahun dan menyusuri jalan kebebasan, apakah anda tidak membenci mereka yang telah memenjarakan anda?”Beliau pernah ditanya begitu oleh Bill Clinton, mantan Presiden Amerika Syarikat.

Apa jawab Mandela “Absolutely I did, because they’d imprisoned me for so long.I was abused. I didn’t get to see my children grow up.I lost my marriage and the best years of my life.I was angry.And I was afraid, because I had not been free in so long. But as I got closer to the car that would take me away, I realized that when I went through that gate, if I still hated them, they would still have me.I wanted to be free. And so I let it go”.

Dengan membiarkan kebencian, dendam itu pergi, Mandela tetap memiliki minda dan hati nuraninya. “To make peace with an enemy one must work with that enemy, and that enemy becomes one’s partner”.

Selepas keluar dari terungku, Mandela mengambil sikap sebagai negarawan. Beliau memaafkan musuh-musuh dan lawan politik yang telah memenjarakannya. Dengan kuasa kemaafan, tanpa berdendam, Nelson Mandela yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu ketika berusia 95 tahun, berjaya mengubah wajah Afrika Selatan. 

 

Oleh : YB Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus Terengganu.

 

 

Minggu ini minggu cuti bagi maahad. Saya juga mengambil kesempatan untuk bercuti dan pulang kampung. Sebenarnya tidak susah untuk mendapat pelepasan cuti di maahad, hanya saja saya sering keberatan bercuti meninggalkan anak-anak didik yang dikasihi. Sementalahan pula kebanyakan cuti sekolah dan maahad tidak selaras.

Cuti kali ini ada sedikit persamaan. Sebahagian pelajar maahad mengambil keputusan untuk berada di maahad saja, terutama semester 6 yang hanya beberapa bulan lagi menamatkan pengajian mereka. Mereka menghabiskan tempoh seminggu untuk menyiapkan tugasan assigment yang ditetapkan sebagai pelajar diploma, dan sekaligus saya susunkan untuk sesi mengulang al-Quran pada juzu tertentu.

Alhamdulillah, mereka adalah kumpulan pelajar yang boleh saya harap.

Ulang Sem 6 (1) Ulang Sem 6 (2)

Tarikh : 13 Disember 2013

Lokasi : Dewan Tok Guru, Rusila Marang Terengganu

%d bloggers like this: