Archive for Disember, 2013


Sumber : http://www.islam.gov.my/konvensyen-saudara-muslim-peringkat-kebangsaan-tahun-2013

30 Nov-1 Dis 2013 : Unit Saudara Muslim, Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Taqwa (MAIWP) telah mengadakan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan Kelantan. Program ini berjaya menghimpunkan peserta seramai 500 orang terdiri dari kalangan Saudara Muslim dari sekitar Jajahan Kota Bharu dan penyertaan dari setiap negeri.

Tujuan konvensyen ini diadakan adalah bertujuan menjadi medan dan mencari formula penyelesaian kepada isu-isu dan masalah-masalah yang membelenggu Saudara Muslim khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial mereka.

Sebagai platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan maklumat antara sesama peserta di kalangan Saudara Muslim. Menjalin kerjasama dan jaringan maklumat di antara pertubuhan-pertubuhan NGO Saudara Muslim dengan agensi-agensi kerajaan. Membina dan mengembangkan potensi diri Saudara Muslim sebagai agen dan kader dakwah. Memberi ruang perkongsian ilmu dalam menghadapi cabaran-cabaran dakwah kepada Saudara Muslim di era globalisasi.

Antara pengisian konvensyen ini adalah ceramah berkaitan dengan cabaran masa kini saudara muslim sebagai pendakwah, pengenalan kepada isu Syiah, dan ceramah kerohanian telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari kalangan Saudara Muslim. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.

Konvensyen Saudara Muslim kali ini telah mengiktiraf 2 orang Saudara Muslim sebagai penerima “Anugerah Tokoh Saudara Muslim” iaitu En Adam Khong bin Abdullah dari negeri Melaka dan Puan Nur Shamila Koid dari negeri Perak. Penerima anugerah menerima wang saguhati bernilai RM3,000.00, sijil penghargaan dan hadiah iringan setiap seorang. Konvensyen kali ini juga memperkenalkan kepada masyarakat umum mengenai portal “E-Muallaf” yang akan digunapakai disetiap negeri sebagai penyelarasan kepada pengurusan Saudara Muslim.

Semoga usaha ini sentiasa dirahmati Allah dan memberikan makfirah kepada Saudara Muslim. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
000 001 003 006 007 008

yam

Oleh Dr Azman Ibrahim

Saya tak mengenali Mak Cik Yam, seorang wanita kurang upaya, peniaga sayur kecil-kecilan yang menjadi mangsa samun di FeldaTenang, Besut. Dibelasah dengan kejam oleh penyamun pada 14 Disember lalu, bertarung nyawa di Hospital Kota Bharu, akhirnya lebih kurang jam 3 pagi tadi, Mak Cik Yam telah pergi kembali kepada Penciptanya.

Berita tragedi yang menimpanya saya baca dengan penuh simpati sambil mengirim sedikit sumbangan melalui sahabat PAS Besut yang menziarahinya di hospital. Pagi ini apabila melihat gambar beliau ketika masih sihat sedang menjual sayur di pasar sehari yang dipaparkan  di laman sosial seorang rakan dari Besut, tanpa dipinta air mata saya mengalir laju. Serta merta dada terasa sebak dan terharu.

Gambar seorang ibu yang sedang duduk menjual sayur sangat mendalam ertinya bagi saya kerana ibuku juga seorang peniaga sayur di pasar sehari seperti juga Mak Cik Yam. Wanita tua yang tak berdaya sepertinya diperlakukan sebegitu. Benarlah kata-kata bahawa, di dalam kelompok haiwan tiada manusia, tetapi dalam spesis manusia ada binatang!

Dari segi logik akal seorang penyamun (kalaulah penyamun itu berakal), adalah munasabah beliau diperlakukan sebegini kalau Mak Cik Yam seorang kontraktor besar. Ada ratusan ribu pitih disimpan di dalam peti besi rumahnya. Tetapi seorang peniaga sayu kecil-kecilan, kurang upaya pula, harta apa yang Mak Cik Yam ada? Saya tahulah memang tak kaya sebab saya pun anak penanam dan penjual sayur!

Jadi apa yang penyamun ini cari sebenarnya sehingga tergamak membunuh? Apakah kita sebagai ahli masyarakat memerlukan manusia yang tak bertamaddun dan mempunyai naluri jahat sebegini terus bersama kita dalam masyarakat?

Zalimkah suatu undang-undang itu kalau perbuatan jahat sebegini diancam dengan suatu bentuk hukuman yang sangat keras sebagai pencegahan? Atau penjenayah sebegini perlu dikasihani, diberikan kerja supaya mereka mempunyai sumber pendapatan sebab sebenarnya mereka melakukan jenayah kerana desakan hidup?

Perompak dan penyamun lebih mengancam manusia dari pencuri. Sebab itu dalam Islam, kalau pencuri yang cukup syarat pelaksanaan hukumannya dipotong tangan, seorang perompak dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Kalau dia merompak dan membunuh, maka dia juga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Kalau Mak Cik Yam yang diperlakukan sebegitu adalah mak kita, ada tak kita sebagai anak yang akan berkata, hukuman sebegitu terhadap perompak tersebut adalah tidak berperikemanusian dan tidak bertamaddun? Kalau undang-undang Islam ini dikatakan tidak berperikemanusian, apakah perlakuan perompak kepada Mak Cik Yam itu berperikemanusian?

Dalam Islam, ada perkara yang dikira kemestian, tiada tolak ansur dan ianya wajib dipertahankan. Agama, akal, nyawa, harta, keturunan dan maruah. Islam datang untuk melindungi kepentingan dan keperluan ini. Kalau ada manusia yang hidupnya dalam masyarakat mengancam agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan maruah orang lain maka Islam hadir sebagai penyelamat.

Manusia yang merbahaya sebegini perlu disedarkan dengan hukuman keras. Hukuman keras ini bukan nak hukum orang baik seperti Mak Cik Yam! Semoga Mak Cim Yam damai di sana dan ditempatkan di syurga.

Buku yang baru dibaca :

OutPut Cover-Kubur

Penulis : Dr Umar Abdullah Kamil

Penterjemah : Ustaz Fawwaz Fadzil Noor

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM10.00

Bolehkah kita berdoa di kubur? Adakah kita dibenarkan mengambil berkat di kubur? Benarkah amalan kita membaca talkin di kubur? Semua persoalan ini seperti kita sudah ketahui jawapannya tetapi adakah kita pasti dengan jawapan tersebut?

Maka setiap inti pati dalam buku “Agar Kubur Menjadi Taman Syurga” dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan di atas. Buku ini dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hukum-hukum kubur yang mungkin dihadapi oleh umat Islam kini.

Setiap hujah dinukilkan berdasarkan persepakatan para ulama terhadap perkara tersebut dengan bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah yang sedikit pun tidak meninggalkan sebarang keraguan dan syak kepada para pembaca yang peka. Insya-Allah.

 

Tarikh : 23-24 Disember 2013

Lokasi : Borneo Paraside, Beringgis PaparFamili Day MTQQNS (1) Famili Day MTQQNS (2) Famili Day MTQQNS (3) Famili Day MTQQNS (4) Famili Day MTQQNS (5) Famili Day MTQQNS (6) Famili Day MTQQNS (7) Famili Day MTQQNS (8) Famili Day MTQQNS (9) Famili Day MTQQNS (10) Famili Day MTQQNS (11) Famili Day MTQQNS (12) Famili Day MTQQNS (13) Famili Day MTQQNS (14)

BENGKEL MTQQNS

Bagi menghadapi tahun 2014, tenaga pengajar dan pentadbiran Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah mengambil ruang untuk berkumpul di Papar, merancang program dan aktiviti 2014. Setiap pensyarah dibahagikan beberapa aktiviti, melakukan unjuran bajet yang wajar.

Mudah-mudahan dengan perancangan ini, segala aktiviti Maahad Tahfiz dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, dan prestasi keseluruhan maahad akan lebih cemerlang pada tahun mendatang.

Bengkel MTQQNS (1)Bengkel MTQQNS (2)Bengkel MTQQNS (3)Bengkel MTQQNS (4)Bengkel MTQQNS (5)






MAHKAMAH SYARIAH WPLABUAN

Sumber : http://erakita.wordpress.com/2013/12/23/pengesahan-cerai-luar-mahkamah/

Berdasarkan kepada pertanyaan para pengunjung ke blog erakita, didapati bahawa pertanyaan berkenaan lafaz cerai suami yang dibuat di luar mahkamah berada dalam rangking tertinggi. Banyak sekali persoalan yang ditimbulkan. Pertanyaan tersebut menggambarkan betapa masih ramai yang tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pasangan suami atau isteri setelah sang suami melafazkan cerai atau talaq di luar mahkamah.

Persoalan terus terjadi jika pasangan tersebut meneruskan kehidupan seperti biasa, seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Bagaimanapun, keraguan pada diri pasangan mengenai status mereka sebagai suami isteri akan menjadi semakin terserlah apabila mereka mendapat pelbagai maklumat mengenai kedudukan lafaz talaq dari pelbagai sumber seperti ceramah di radio, tv, akhbar atau internate seperti youtube.

Bagi erakita, nasihat terbaik yang boleh diberikan ialah bersegeralah bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut samada sabit gugur talaq atau sebaliknya. Usah tunggu lama-lama kerana hal tersebut boleh mengganggu fikiran pasangan. Ragu-ragu untuk tinggal bersama setelah lafaz cerai berlaku apatah lagi untuk melakukan hubungan kelamin tidak dapat dinafikan boleh mengganggu fikiran dan ketenangan hati.

Lebih parah lagi apabila suami tidak mahu bertanggungjawap atas apa yang dilafazkannya. Ada keadaan di mana suami membiarkan saja isu ini tanpa bertindak untuk mendapatkan pengesahan di mahkamah. Ada yang melepaskan tanggungjawap dengan membiarkan isteri terpaksa berseorangan menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah pengesahan cerai yang berlaku di luar mahkamah. Lebih menyedihkan apabila suami tidak mahu hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan. Persoalan-persoalan inilah antara isu yang sering ditimbulkan dalam banyak-banyak persoalan pengunjung dalam blog ini. Erakita bagaimanapun telah dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan respon menurut kemampuan erakita.

Erakita berterimakasih atas pertanyaan-pertanyaan tersebut. Semoga jawapan yang erakita berikan itu bermanfaat bagi meringankan kekusutan fikiran pihak yang terlibat. Semoga ada manfaatnya.

Wallahu a’lam.

Terimakasih dan wassalam

ULANGTAHUN AQEEL & HADI

 

Sesekali pulang kampung, kami berkenduri untuk ahli keluarga. Kenduri kali ini menggabungkan anak-anak buah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PMR, juga ulangtahun Aqeel Hakeem ke-11 dan Abdul Hadi ke-7.

Aqeel & Hadi (1) Aqeel & Hadi (2) Aqeel & Hadi (3) Aqeel & Hadi (4) Aqeel & Hadi (5)

Buku yang baru dibaca :

Kepimpinan

Penulis : Ustaz Dato’ Haji Yahya bin Othman

Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn Bhd

Harga : RM8.00

Buku ini adalah himpunan beberapa kertas kerja yang ditulis oleh almarhum Dato’ Haji Yahya Othman yang pernah dibentangkan oleh beliau di majlis-majlis seminar dan kursus-kursus kepimpinan  sekitar tahun 1995-2010.

Di akhir hayatnya beliau banyak berbicara tentang soal-soal kepimpinan. Baik berhubung kepimpinan jemaah Islam mahupun kepimpinan negeri dan negara. Bahkan semasa hayat beliau adalah di antara orang yang sangat mengambil berat mengenai program tarbiah, usrah dan latihan kepimpinan dengan tujuan untuk melahirkan saf kepimpinan yang terbaik dan membina pimpinan pelapis pada masa depan.

Dalam buku ini pengarang telah mengemukakan kepada kita beberapa peringatan dan garis panduan yang perlu diberi perhatian semasa memilih atau melantik seseorang pemimpin. Begitu juga peringatan dan panduan kepada mereka yang telah menerima amanah kepimpinan, supaya amanah ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.

PANCUR HITAM

Tarikh : 20 Disember 2013

Lokasi : Pantai Pancur Hitam, Pohon Batu WP Labuan.

Ini lokasi ‘wajib’ anak-anak apabila balik bercuti ke Labuan. Kadang-kadang sebelum sampai kampung, anak-anak sudah bertanya jadual ke pantai ini. Menariknya untuk mereka di lokasi ini mengumpulkan pakej taman permainan, pantai yang indah untuk mandi manda serta gerai untuk minum-minum.

Hanya saya melihat beberapa permainan yang sudah terbiar rosak dan tidak diperbaiki. Sama ada ia terbengkalai atau pihak berkuasa memutuskan tidak mahu memperbaikinya lagi.

Pancur Hitam (1) Pancur Hitam (2) Pancur Hitam (3) Pancur Hitam (4) Pancur Hitam (5) Pancur Hitam (6) Pancur Hitam (7) Pancur Hitam (8) Pancur Hitam (9) Pancur Hitam (10) Pancur Hitam (11)

Walaupun jarak antara rumah dan taman burung ini hanya 2-3 km sahaja, tidak selalu pula kami ke sini. Seingat saya ketika itu anak ketiga – Abdul Hadi masih kecil sedangkan kini kami sudah ada enam anak beranak.

Taman Burung menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong apabila ke WP Labuan. Spesis-spesis burung, termasuk pelbagai jenis ayam dan burung yang jarang dilihat juga ada ditempatkan di sini. Maha suci Allah SWT yang menjadikan makluknya dengan pelbagai kelebihan dan keindahan tersendiri.

Taman Burung (1) Taman Burung (2) Taman Burung (3) Taman Burung (4) Taman Burung (5) Taman Burung (6) Taman Burung (7) Taman Burung (8) Taman Burung (9) Taman Burung (10) Taman Burung (11) Taman Burung (12) Taman Burung (13)

%d bloggers like this: