Perkenalan saya tidak lama dan tidak akrab dengan beliau berbanding sahabat-sahabat lain. Hanya bermula sekitar 4-5 tahun lepas apabila kami sama-sama menyertai misi amal kebajikan di Kundasang Ranau. Di sana, Ustaz Norzam ditugaskan menyampaikan tazkirah di sebuah surau yang comel tetapi jemaahnya mesra dengan rombongan kami.

Ustaz Norzam yang bertugas di SMP Likas, banyak membantu aktiviti kuliah di masjid-masjid sekitar Sepanggar dan Likas. Saya juga ada menggunakan khidmat beliau melalui kuliah tafsir selepas isyak di Masjid Negeri Sabah dan beliau hanya dapat menyumbang beberapa kali sebelum dapat berpindah ke Selangor.

Kami sempat berziarah dan menghantar pemergian beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lewat malam semalam. Setinggi penghargaan atas jasa dan budi baik Ustaz Norzam sepanjang khidmat beliau di Sabah. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. 

Norzam (1) Norzam (2)