20131227_234827

Aktiviti merawat bersama para sahabat dalam Darussyifa’ membawa banyak pengalaman menarik. Berbeza jika merawat sendirian, dengan merawat di pusat rawatan kami dapat berkongsi ilmu dan pendekatan apabila menghadapi pelbagai karenah pesakit secara langsung.

Memang sebahagian pesakit datang bukan kerana sebab gangguan makhluk halus, manakala sebahagian pesakit datang memang berkaitan dengannya. Sementara yang kena gangguan, ada juga yang agak agresif sehinggakan tidak boleh seorang perawat menangani pesakit ini.

Ada seorang pesakit sering datang bersama keluarganya. Memberi gelaran kepada kami para perawat. Ada yang dipanggil ustaz haji, ada imam besar, ada ustaz polis, ada ustaz benoni, sementara saya dipanggil ustaz brunei.

Ada juga seorang pesakit yang agak agresif, sehingga kami memegangnya sehingga 7-8 orang. Agresifnya gangguan yang berlaku sehingga bukan sekali saya diterajang oleh akibat gangguannya. Tendangan ini bagaimanapun tidaklah menyebabkan kami putus asa untuk membantu memulihkan penyakit yang menimpa saudara ini dengan izin Allah SWT.