Archive for 28 Disember 2013


Masjid Pekan Keningau

Ihsan : YADIM Kota Kinabalu

Marilah kita hayati bersama perkara-perkara berikut supaya kita tidak terjebak dengan muamalah yang tidak selari dengan Islam :

Pertama: Meningkatkan kefahaman mengenai kewangan Islam.

Ketahuilah bahawa negara kita telah mengorak langkah seiring dengan wawasan Islam untuk memartabatkan perbankan dan kewangan Islam. Inilah antara usaha pihak pemerintah sehingga lahirlah institusi kewangan Islam yang sedia ada sekarang.

Oleh itu, carilah sebanyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai sistem kewangan Islam dan ambillah faedah daripada produk-produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang berteraskan Islam. Inilah jalan terbaik untuk umat Islam  mempertingkatkan taraf ekonomi ke tahap yang setanding bahkan lebih hebat lagi daripada golongan bukan Islam.

Kedua: Berurusniaga dan melabur selaras dengan konsep halal.

Mintalah nasihat daripada yang pakar tentang pelaburan Islam supaya kita tidak tersalah memilih bentuk pelaburan yang ada sekarang. Awaslah dengan sebarang bentuk skim yang diiklankan seperti skim cepat kaya atau pelaburan melalui internet kerana kebanyakkannya adalah pembohongan semata-mata.

Ketiga: Menyimpan wang demi masa depan.

Elakkanlah pembaziran dalam menguruskan ekonomi rumah tangga. Simpanlah wang di institusi kewangan atau bank yang mengamalkan tatacara pengurusan kewangan berteraskan Islam. Ini dapat mengelakkan kita terjebak dengan unsur riba’. Ingatlah, pengurusan ekonomi yang betul dan menepati syariat akan menjamin keberkatan pendapatan rumah tangga. Bukankah kewajipan setiap ketua keluarga untuk memastikan anak-anak dan isteri mendapat nafkah dari sumber yang halal lagi baik?

Keempat: Kawal penggunaan kad kredit.

Antara produk kewangan Islam yang ditawarkan ialah kad kredit Islamik yang patuh syariah. Tidak dinafikan bahawa kad kredit ini menjadi satu medium untuk memudahkan urusan jual beli umat Islam. Namun berwaspadalah dalam menggunakannya supaya kita tidak terbeban dengan hutang yang melampau.

Kelima: Mengurus hutang dengan bijak.

Memang tidak dinafikan kita tidak dapat lari dari berhutang terutama dalam pembelian kereta dan rumah. Namun demikian, kita perlu tahu tahap kemampuan kewangan kita supaya hutang tersebut tidak membebankan kita nanti. Elakkan daripada berhutang dengan ceti haram atau Ah Long kerana akibat yang akan ditanggung bukan sahaja kepada kita bahkan keluarga juga akan terlibat sama dengan masalah ini.

Kebijaksanaan mengurus hutang menjamin kehidupan rumahtangga yang aman dan harmoni. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW bersabda menerusi riwayat Ibn Majah RH daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga ia dilunaskan.”

20131227_234827

Aktiviti merawat bersama para sahabat dalam Darussyifa’ membawa banyak pengalaman menarik. Berbeza jika merawat sendirian, dengan merawat di pusat rawatan kami dapat berkongsi ilmu dan pendekatan apabila menghadapi pelbagai karenah pesakit secara langsung.

Memang sebahagian pesakit datang bukan kerana sebab gangguan makhluk halus, manakala sebahagian pesakit datang memang berkaitan dengannya. Sementara yang kena gangguan, ada juga yang agak agresif sehinggakan tidak boleh seorang perawat menangani pesakit ini.

Ada seorang pesakit sering datang bersama keluarganya. Memberi gelaran kepada kami para perawat. Ada yang dipanggil ustaz haji, ada imam besar, ada ustaz polis, ada ustaz benoni, sementara saya dipanggil ustaz brunei.

Ada juga seorang pesakit yang agak agresif, sehingga kami memegangnya sehingga 7-8 orang. Agresifnya gangguan yang berlaku sehingga bukan sekali saya diterajang oleh akibat gangguannya. Tendangan ini bagaimanapun tidaklah menyebabkan kami putus asa untuk membantu memulihkan penyakit yang menimpa saudara ini dengan izin Allah SWT.

%d bloggers like this: